Review beli barang dapur secara online menggunakan DeGrocery

wm_94607662_140740587495759_6366440811818647552_n.jpg

Rabu, 29 April 2020, 2:30 pm1,197

DeGrocery (https://www.degrocery.com/) adalah pasar dalam talian (online marketplace), yang beroperasi untuk penduduk sekitar Kuching dan Kota Samarahan, khusus menjual barang makanan & minuman, termasuk bahan mentah segar atau dipakej. Selain itu DeGrocery juga menjual makanan haiwan peliharaan, sabun pencuci dan produk kebersihan diri.

Pembayaran boleh dibuat secara perbankan dalam talian (FPX), ataupun menggunakan e-wallet Boost. Jika tiada kedua²nya, boleh juga bayar secara tunai semasa penghantaran (cash on delivery / COD).

Semasa proses pembayaran, pembeli dikehendaki memilih tarikh penghantaran. Saya memperoleh barang² yang dipesan pada tarikh penghantaran 👍. Penghantar akan menaiki kenderaan dengan logo DeGrocery, jadi mudah dikenalpasti siapa yang datang depan rumah.

Kebanyakan barang yg dicari dapat ditemui, kecuali bedak badan, jenama yg saya nak takda dijual, hanya ada jenama Johnson Baby. Pilihan jenama walaupun agak terhad, tapi kepelbagaian produk masih memuaskan.

Brosur dalam gambar menyatakan penghantaran percuma, tapi ia hanya untuk pembelian RM150 dan ke atas. Saya masih kena bayar kos penghantaran RM15.

Walaupun harga produk dan penghantaran agak tinggi berbanding pasaraya terdekat, tapi saya anggap ini adalah harga kemudahan atau kesenangan yg perlu dibayar kepada pekerja penghantaran. Kalau saya sendiri yang keluar, masa dan kos petrol mungkin lebih kurang sama. Setidak-tidaknya, pembelian yang dibuat telah memanfaatkan ramai orang, dan tidak menyekat pergerakan tunai dalam negara.

Jika anda masih belum mencuba pembelian online, ataupun masih rasa khuatir untuk mencuba, ataupun takut tengok kos penghantaran yang tinggi, ingat perkara² ini:

  • Kebiasaan baru, revolusi industri 4.0, ini semua menuntut kita mula menggunakan teknologi internet untuk melakukan tugasan harian. Kalau tidak mencuba sekarang, anda akan ketinggalan, dan segala peraturan atau cara kerja baru yg akan diperkenalkan pasaran, industri & kerajaan akan nampak terlalu sukar untuk digunakan.
  • Jika rasa khuatir atau takut ditipu pembelian online, mulakan dengan menggunakan online marketplace seperti Lazada, Shopee, DeGrocery dll, berbanding peniaga individu. Platform² begini sudahpun berdaftar dengan pihak berkuasa, jadi jika ada apa² masalah, lebih mudah untuk diuruskan. Lebih ramai scammer beroperasi sebagai peniaga individu berbanding menyertai online marketplace.
  • Jika takut tengok kos penghantaran mahal, tolong ubah mindset anda, dan terapkan dalam pemikiran dengan menganggap ini adalah bayaran kepada kemudahan atau kesenangan yang anda nikmati. Jika anda sendiri yg keluar beli barang pun, kos yg ditanggung lebih kurang sama, termasuk kos petrol, kos letak kenderaan, kos tol (kalau ada) dan kos masa anda pergi ke kedai. Sudah tentu untuk elak pembaziran, beli sekali banyak terus drpd beli sedikit².

Jika anda berkemampuan, jangan takut sangat anda habis pada kos penghantaran. Ia adalah salah satu cara kita sebagai rakyat dalam membantu mengurangkan impak kemelesetan negara, dengan membantu wang tunai mengalir kepada orang ramai dalam pasaran. Orang lain yg memperoleh wang tersebut akan membelanjakannya pada perkara lain, yang seterusnya menggerakkan ekonomi, berbanding jika disimpan saja dan tiada orang yang dapat manfaat 😎.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/140740580829093/

Tulis komen: