WWE Smackdown kat channel RTM HD Sports

119040336_176358330600651_3517595776394768464_n.jpg

Selasa, 8 September 2020, 12:35 pm1,417

Lama tak tengok TV, lepas pasang indoor antenna (https://azwan082.my/post/5701/) pastu setup semua, dapatlah tengok semua channel menerusi siaran Myfreeview. Baru tahu yang RTM HD Sports ada siarkan Smackdown, pada hari Ahad 12:00-1:30 pagi. Dulu² ada jugak Smackdown disiarkan kat TV, tapi seingat saya kat TV3, waktu lepas berita Nightline.

Ini Smackdown episod awal tahun ni, minggu Royal Rumble. Masih ada penonton di arena, kalau sekarang, WWE hanya letak skrin di tempat duduk tunjukkan video penonton, tak pasti live stream ataupun hanya pre-recorded video.

Harapnya RTM HD Sports terus menyiarkan episod Smackdown. Lepas tengok bola hujung minggu, layan gusti pulak 💪🏻.

Update: ada siaran ulangan Smackdown hari Selasa & Khamis 12:00-1:30 pagi.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/176358327267318/

Tulis komen: