‘Cry For Me’ ni boleh dikatakan bonus track untuk album ‘Eyes Wide Open’

131972620_215535160016301_6353939098685916989_n.jpg

Jumaat, 18 Disember 2020, 2:40 pm309

Album ‘Eyes Wide Open’ oleh artis dikeluarkan 2 bulan lalu ⁽¹⁾, dengan title track ‘I Can’t Stop Me’, namun tersebut kurang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan Korea ⁽²⁾. Saya rasa lagu dengan rentak retro elektropop tersebut mungkin kekurangan wow elemen pada dan nyanyiannya. Dan disebabkan lagu ini jenis dance song, lagu ini mungkin hanya dapat dinikmati apabila disertakan dengan persembahan koreografi tarian.

2 minggu kemudian, Twice mengeluarkan single lagu Jepun mereka pula, bertajuk Better ⁽³⁾. Saya rasa lagu ni memang lebih baik literally, mungkin sebab kurangnya elemen retro yang bagi saya ia memberikan mood lagu yang agak ketinggalan (outdated). Rentak yang lebih laju, bersemangat (uplifting) dan ada elemen J-pop, ada rasa dengar lagu anime sikit.

Tengahari tadi single terbaru ‘Cry For Me’ pula dikeluarkan. Lagu ini tidak dirancang untuk dikeluarkan, namun Twice telah membuat persembahan lagu ini di Mnet Asian Music Award (MAMA) 2020, dan ramai peminat telah meminta untuk lagu ini dihasilkan dalam bentuk single rasmi ⁽⁴⁾. Yang menariknya lagu ini, nyanyiannya mengingatkan saya pada lagu² pop yang dikeluarkan pada sekitar 2000-an dulu, mungkin ada persamaan melodi atau feel yang sama.

Konsep visual, fesyen dan koreografi untuk lagu ini agak berbeza daripada imej Twice yang telah ramai kenal sebagai gadis comel (cute girl) & ceria (bubbly). Kali ini ia nampak lebih kepada imej matang (matured) & wanita tabah (strong woman).

Pada pendapat saya, perubahan imej ini mungkin disebabkan banyak agensi hiburan di Korea yang melihat kejayaan Blackpink di seluruh dunia dalam membawa imej matured & strong woman ini, lebih daripada imej cute atau sexy. Oleh itu dalam proses untuk mengglobalisasikan (globalize) artis mereka, imej baru kena diterapkan.

P.s: Saya suka dengar lagu Bring It Back 😁.
🎶 Bring it back, bring it back,
🎶 Bring, bring, bring it back,
🎶 Bring it back to me.

⁽¹⁾ https://www.allkpop.com/video/2020/10/twice-are-a-force-to-reckon-with-in-mv-for-retro-pop-eyes-wide-open-comeback
⁽²⁾ https://www.allkpop.com/article/2020/10/netizens-talk-about-the-music-chart-ranking-of-twices-new-song-i-cant-stop-me
⁽³⁾ https://www.allkpop.com/video/2020/11/twice-work-retro-and-hip-hop-vibes-in-better-japanese-mv
⁽⁴⁾ https://www.allkpop.com/video/2020/12/listen-to-twices-brand-new-single-cry-for-me

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/215535153349635/

Tulis komen: