Kitar semula surat khabar lama sebagai bekas semai (newspaper pots).⠀
Khamis, 3 Disember 2020, 5:00 pm1,390
Kitar semula surat khabar lama sebagai bekas semai (newspaper pots).⠀
⠀
Menyemai benih tumbuhan menggunakan kertas kitar semula seperti surat khabar atau majalah memberi beberapa kelebihan seperti:⠀
⠀
- Lebih murah & mudah berbanding menggunakan polibag⠀
- Boleh tanam terus ke tanah & kertas akan lupus sendirinya, tidak seperti polibag⠀
- Kertas² terpakai tidak hanya dibuang tanpa dimanfaatkan kegunaannya⠀
⠀
① – Ini benih tomato ceri baru disemai 4 hari, dah mula bercambah .⠀
⠀
Cara nak buat bekas semai atapun newspaper pots #DIY ini mudah saja:⠀
⠀
② – Secara asasnya, surat khabar atau kertas terpakai hendaklah dipotong memanjang, supaya dapat digulung.⠀
⠀
Kemudian dapatkan apa² objek yang berbentuk silinder pada saiz yang sesuai, sebaiknya saiz kecil atau sederhana, seperti botol, bekas peanut butter, atau paip 1”. Di sini saya menggunakan tin sticker remover ini.⠀
⠀
Gulungkan saja kertas surat khabar pada tin tersebut. Pada satu hujung kertas, gulungkan di luar tin.⠀
⠀
③ – Tujuan hujung kertas ini digulung di luar tin ialah supaya dapat dilipat tutup menjadi dasar bekas.⠀
⠀
④ – Letakkan newspaper pots yang dah siap pada bekas lain, sebaiknya isi terus dengan tanah supaya gulungan dan lipatan tidak terbuka balik. #howto
⠀
—⠀
⠀
Ini baru projek pemula (pilot project), lepas ni saya nak cuba semai bermacam² jenis pokok sayur lagi, seperti capsicum (bell pepper), zucchini, markisa, etc. – tumbuhan² yang jarang orang nak tanam. Kalau ada permintaan untuk anak pokok, boleh saya buat jadi bisnes ni, sumber (tanah #kebun, benih, kertas, air) & tempat untuk buat dah ready .