Tarikh siap jambatan gantung Satok ditunda lagi sebulan

129324441_204002414502909_6313033213778886220_n.jpg

Selasa, 1 Disember 2020, 4:10 pm1,353

2 bulan lalu pengguna raya terutamanya peniaga di Medan Niaga Satok mengeluh tentang penutupan jalan di Kubah Ria untuk pembinaan semula jambatan gantung Satok ⁽¹⁾.

Jalan ini merupakan jalan utama untuk pengguna dari kawasan perumahan di sini untuk ke seberang sungai, ke pusat bandar .

Kerja² yang sepatutnya siap semalam, ditunda lagi ke hujung bulan ini ⁽²⁾. Buat masa ni kena pakai jalan Semarak ke bulatan underpass Petra Jaya.

Jambatan gantung Satok yang asal telah roboh dilanggar tongkang pada 7 Oktober 2004. Kemudian pada September 2017, projek membina semula jambatan gantung ini dimulakan dan dijangka siap Disember 2019 ⁽³⁾.

🥱

⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2020/10/04/public-hope-satok-suspension-bridge-project-can-be-completed-on-time/
⁽²⁾ https://www.utusanborneo.com.my/2020/11/29/kerja-pembinaan-semula-jambatan-gantung-satok-diteruskan
⁽³⁾ https://sarawaknewsnetwork.com/jambatan-gantung-satok-siap-september-2019/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/204002411169576/

Tulis komen: