Coco Cabana, Miri, dalam album panorama 360

156543291_260800482156435_8709536812101471443_n.jpg

Khamis, 4 Mac 2021, 3:50 pm930

Kawasan pelancongan ini terletak di kawasan tanjung & teluk Marina Bay, . Kalau driving dari Bintulu, bila masuk bandar Miri, kat simpang traffic light yang jalannya dilapis dengan bata landskap, kat situlah jalan masuk ke Marina Bay.

Terdapat banyak gerai² makan di sekitar Coco Cabana ni, termasuk satu gerai yang ada pokok anggur ⁽¹⁾ & juga Sunset Bistro yang terletak dalam satu bangunan besar dibina berasaskan kayu & banyak ukiran.

Ada banyak tempat parking yang luas, dan kalau tak jumpa ruang pun, boleh jugak letak kenderaan di sepanjang jalan ke Coco Cabana.

Tempat ini juga menjadi kawasan untuk penduduk Miri datang berjoging dan beriadah, dan mereka selalunya meletak kenderaan di sepanjang jalan tersebut sebab dekat dengan Miri Central Park.

Di seberang kawasan teluk pula ada tempat parking bot² layar milik tauke balak & keluarga Taib 😝.

Antara tarikan utama di sini ialah binaan kuda laut yang tinggi di hujung kawasan tanjung ini. Ia merupakan sebuah rumah api ikonik untuk bandar Miri ⁽²⁾.

Selain Luak Esplanade ⁽³⁾, Coco Cabana ini juga tempat paling sesuai untuk menikmati matahari terbenam & tiupan angin laut petang. Bezanya kat sini tak ada pantai berpasir, hanya ada timbunan batu² besar di tebing laut.

Saya datang sekali waktu petang ke sini, tengok tempat dipenuhi orang ramai. Jadi saya datang sekali lagi awal pagi, waktu sedikit orang, untuk ambil gambar ini:

Saya ada datang sekali lagi ke sini pada waktu malam, ingat nak cari kedai cenderahati (souvenir), tapi bila sampai, hanya jumpa kedai gunting rambut & kedai stationary kalau tak silap. Rasa rugi pulak datang, dah la malam tu hujan renyai. Kesimpulannya, kalau nak cari souvenir kat Miri macam keychain atau fridge magnet, boleh ke Emart Riam saja 😌.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/01/ada-pokok-anggur-tumbuh-subur-kat-gerai-di-coco-cabana/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/01/amanat-tahun-baru-2021-oleh-kuda-laut/
⁽³⁾ https://azwan082.my/2021/03/luak-esplanade-miri-dalam-album-panorama-360/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/260800502156433/

Tulis komen: