Khamis, 15 April 2021, 11:00 am0
Ramai biasa tengok sukan angkat berat (weightlifting), tapi jarang tengok powerlifting. Asasnya sama, angkat bebanan berat, dan biasanya dalam pertandingan weightlifting ada dua jenis angkatan: snatch, dan clean & jerk. Dalam powerlifting pula ada:
① – Squat
② – Bench press
③ – Dead lift
—
Ini pun kebetulan saya singgah kat Aeon Mall Kuching, hujung minggu lalu, dan terlihat ada #SarawakPowerlifting meet. Dekat 2 jam lebih juga menonton atlet² bertanding sambil terjerit² , lebih² lagi yang dalam gambar ni, nampak macam favourite. Tak ingat siapa nama dia, tapi dalam kesemua disiplin, dia berjaya mengangkat beban yang diberi.
Keputusan pertandingan ini ada dalam berita Borneo Post – https://www.theborneopost.com/2021/04/12/chiong-vernon-and-vivian-top-inaugural-powerlifting-meet/.
P.s: saya cuba buat deadlift, sakit belakang .