Ahad, 19 September 2021, 9:50 pm0
#KotaKinabalu skybridge ini merupakan jejantas panjang yang menyambungkan beberapa bangunan komersial di tengah bandaraya KK iaitu Oceanus Shopping Mall, Api-api Centre & Asia City. Sambungan ke Centre Point baru nak dibina tahun depan ⁽¹⁾.
Dulu skybridge ni terbuka tapi berbumbung, kalau hujan boleh kena tempias, pastu banyak bunyi bising dari #jalan. Sekarang dah upgrade dengan laluan yang bertutup dengan aircond, dah buka kepada umum 9/9 yang lalu. Bila korek album lama, ada terjumpa gambar budak kecil ni kat skybridge ni pada tahun 1989 .
⁽¹⁾ https://www.theborneopost.com/2021/09/18/centre-point-to-build-connection-of-skybridge-next-year/