PPN fasa 2 Lembah Klang rentas daerah dah boleh, selatan Sarawak tak boleh

241716475_378392440397238_2383690085894430678_n.jpg

Jumaat, 10 September 2021, 9:30 pm328

Menurut SOP yang dikeluarkan SDMC, pergerakan antara daerah dalam zon selatan Sarawak hanya untuk perkhidmatan perlu, kena ada permit polis atau surat majikan, dan dah lengkap vaksin ⁽¹⁾. SOP MKN untuk Lembah Klang lebih ringkas, hanya yang dah lengkap vaksin boleh rentas ⁽²⁾.

Sedangkan kawasan Lembah Klang lebih luas & lebih padat penduduk daripada selatan Sarawak (dari Lundu hingga Serian), tapi boleh diberi kebebasan bergerak. Tak berapa faham rasionalnya kenapa perlu apply permit nak ke Serian atau ke ‘Lundun’.

Tak semua orang merentas daerah sebab nak berkumpul ramai². Yang apply permit & lakukan perkhidmatan perlu pun kadang² ada yang berkumpul ramai², rapat² tak pakai facemask & tak sanitize tangan (tak ikut SOP). Sedangkan yang dalam Kuching ni pun ada yang berambeh rumah rami², berkaraoke, berparti birthday, benda² social gathering macam tu yang patut dipantau.

Sekarang tak dapat drive jauh, race track kat parking Stadium Sarawak kena tutup, pastu drag strip kat Sejingkat ⁽³⁾ & FAC pun selalu kena ambush pulis, boleh nampak makin banyak kereta laju² racing dalam jalan bandar. Takda tempat nak ‘buang minyak’ 😆.

⁽¹⁾ https://www.facebook.com/242460379800071/posts/874097003303069/
⁽²⁾ https://www.facebook.com/1452870318149203/posts/3724654354304110/
⁽³⁾ https://www.facebook.com/groups/166352517833932/posts/479749576494223/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/378392470397235/

Tulis komen: