Hari ni rentas daerah tengok pantai, esok lusa dah boleh rentas negeri

Ahad, 10 Oktober 2021, 8:50 pm0

Petang tadi PM dah umum, barangsiapa yang dah lengkap vaksin, boleh rentas negeri ⁽¹⁾.

244983167_397194828516999_3010641617004424764_n.jpg

① – Cuaca semalam & hari ni sangat panas & kering. Suhu dalam bilik semalam sampai 35.4°C, walaupun tingkap & pintu dibuka, kipas pasang full.

244625562_397194831850332_6872062220053206590_n.jpg

② – Perjalanan guna dari Bau ke Lundu tadi pun terpaksa menghadap cuaca panas & kering. Tambah lagi di laluan ini, banyak masih rosak, dalam pembinaan. Kawasan jalan yang masih berbatu jadi berdebu sampai tak nampak kereta kat depan.

244734698_397194855183663_2634926607045147901_n.jpg

③ – Di penghujung jalan kat Kpg Pugu, , jeti & gazebo dah siap. Dari sini boleh nampak Gunung Pueh & Gunung Rumput ini. Di sebelah kanan, boleh nampak pekan di seberang sungai.

244523565_397194868516995_2035197576105110735_n.jpg

④ – Alang² dah ke Sematan, teruskan hingga KM0 Pan Borneo di Teluk Melano. Tak banyak gerai buka, hanya ramai geng moto buat gathering kat sini.

Cuaca panas, tak dapat nak keluar jalan kaki, tengok tempat dari dalam kereta jak.

⁽¹⁾ https://www.nst.com.my/news/government-public-policy/2021/10/735223/interstate-travel-permitted-fully-vaccinated-beginning

ShareTweetSaveSendCopy