Capsicum dah mula berbunga, tak lama lagi keluar buah

Ahad, 7 November 2021, 8:50 pm154

254150326_414807490089066_2260229058462984006_n.jpg

① – Ini status 7 minggu lepas semai & 3 minggu lepas pindah ke dalam kratky. Rasa macam cepat jak capsicum ni mula berbunga, berbanding cili. Tapi tak jauh beza sebenarnya, kalau google info tanaman cili, cili mula berbunga dalam 9 minggu lepas semai.

249024773_414807506755731_3685984030146465966_n.jpg

② – Ikut petua tanam cili, tunas air begini kena dibuang. Sebab tunas ini akan mencuri nutrien yang sepatutnya digunakan pokok untuk menghasilkan cabang baru yang tinggi & menghasilkan buah. Untuk capsicum, saya tak pasti petua ni bermanfaat atau tak, tapi cuba jak lah 😅.

P.s: Benih lettuce baru saja disemai 3 hari lalu, dah nampak sedikit bercambah. Bertambah lagi ahli hidroponik.

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/414807563422392/

Pingback: Pokok capsicum asyik tumbang dari netpot + tanaman baru dalam hidroponik kratky

Pingback: Terpaksa buang satu lagi pokok capsicum

Tulis komen: