Dan pemenang Piala Malaysia 2021 ialah…

261285867_429325071970641_5397881723461203334_n.jpg

Rabu, 1 Disember 2021, 1:40 pm295

Bukan JDT! 😆

Secara umum boleh dikatakan taktik bertahan & counter attack KL City berkesan menyerap serangan & possession JDT.

Separuh masa pertama, JDT seperti biasa mengawal perlawanan & banyak percubaan on-target. Satu percubaan Bergson terkena tiang & tandukan Mauricio dapat ditepis keeper KL City, Kevin Mendoza. Percubaan Safawi pula banyak meliar. KL City sekali sekala menyerang balas dengan intensiti sederhana, Farizal masih boleh relax 😏.

Separuh ke-2, apabila KL City menyerang balas, mereka tingkatkan intensiti & lebih berani menembusi pertahanan JDT.

Gol pertama KL City hasil daripada cross Partiban & disudahkan Zhafri Yahya, yang melepasi kawalan Corbin Ong. Zhafri merupakan pemain yang kekal bersama KL City sejak 2017.

Gol ke-2 pula menerusi hantaran pemain gantian, Hadin Azman, kepada Paulo Josue, yang melepasi kawalan Mauricio, untuk merembat masuk menewaskan Farizal Marlias.

JDT menukar banyak pemain seperti Safawi, Arif Aiman, Kunanlan & digantikan dengan Sumareh, Syafiq Ahmad, Nazmi Faiz untuk tingkatkan serangan, tapi disebabkan compact-nya pertahanan KL City, berjaya menyukarkan JDT untuk masuk ke kawasan penalti.

Man-of-the-match untuk perlawanan akhir ini ialah Zhafri Yahya, namun Kevin Mendoza boleh dikatakan fan favourite, kerana aksi cemerlang menyelamatkan semua percubaan JDT. Bola sentiasa melekat ke tangan 😅.

Shukor Adan yang akan bersara selepas tamat musim ini ⁽¹⁾, dimasukkan pada hujung perlawanan, bagi melengkapkan rekod penampilan terbanyak pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Bagi Safee Sali pula, ini merupakan trofi Piala Malaysia pertama bagi dirinya. Sampai putih rambut menunggu nak menang piala 😂.

Bertambah happy Bojan, berjaya mengemudi KL City menamatkan penantian 32 tahun untuk kembali menjulang Piala Malaysia, edisi ke-95 & ulangtahun ke-100 tahun. Dan baru sekarang ada politikus tertentu nak claim diri penyokong setia KL 🤣.

Keputusan

30/11
KL City 2 – 0 JDT

⁽¹⁾ https://www.semuanyabola.com/24-tahun-mengerah-kudrat-di-liga-malaysia-shukor-adan-the-boss-umum-persaraan/

Komentar (2):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/429325145303967/

Pingback: Tak jadi TMJ bersara

Pingback: Semua piala mereka sapu, liga pun tak pernah kalah + keputusan akhir Piala Malaysia 2022

Tulis komen: