Sayur daun saja yang menjadi dalam hidroponik kratky

Ahad, 26 Disember 2021, 4:45 pm359

269965277_444488390454309_716603458119422857_n.jpg

① – Kesemua sayur sawi tumbuh sihat, mungkin yang satu tu saja sedikit terbantut. Saya nak tunggu seminggu lebih lagi, baru tuai & masak bersama megi goreng 😁.

269823404_444488400454308_4194021203027585825_n.jpg

② – Sayur lettuce pula daunnya nampak layu, mungkin sebab suhu yang tinggi. Seingat saya sayur lettuce ni sesuai dengan suhu Kundasang atau Cameron Highland, dalam 18-24℃.

Yang ini pun sama tunggu seminggu lebih lagi, pastu baru petik, letak dalam ramen kimchi 😋 ⁽¹⁾.

270029013_444488380454310_5148167567374657205_n.jpg

③ – Ini pula pokok tomato ceri yang tinggi meninggi, tapi sebenarnya saya nak ambil gambar matahari terbenam kat background tu, lighting tak berapa mengena 😅.

Tomato ceri ni pun macam pokok capsicum – daunnya mengering & mati, banyak putih bunga gugur, tak menjadi buahnya. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini ⁽²⁾, air baja AB dalam takungan ini yang tak bergerak (stagnant) mungkin merosot kualitinya sehingga pokok tomato ini tak dapat tumbuh dengan sihat & menghasilkan buah.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2021/12/ramen-kimchi-telur/
⁽²⁾ https://azwan082.my/2021/12/hidroponik-kratky-mengalami-kegagalan/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/444488450454303/

Tulis komen: