Melapik papan rak dengan plastik wallpaper

272061691_458851055684709_8305004368354827836_n.jpg

Rabu, 19 Januari 2022, 8:35 pm174

Untuk tempat letak barang dalam rumah, saya suka gunakan rak besi boltless, yang aras raknya boleh ubahsuai ikut kesesuaian sendiri tu.

Kat Kuching saya gunakan rak jenis semuanya besi, termasuk papan rak juga kepingan besi ⁽¹⁾. Jenis 5 tingkat, panjang 3 kaki, lebar 1½ kaki, dalam RM159 seunit. Tak risau sangat kalau kena air, melainkan ada scratch, boleh naik karat.

272003314_458851045684710_3208867065628769527_n.jpg
272096140_458851075684707_7352017457614891007_n.jpg

Kat Penang saya gunakan rak besi dengan papan jenis MDF, papan yang diperbuat daripada habuk kayu yang digam & dipadatkan tu. Jenis 5 tingkat juga, panjang pun 3 kaki (90 cm), cuma lebar 1 kaki (30 cm), tapi harga RM169 seunit. Mungkin yang kat Kuching tu saya beli waktu ada offer, harga biasa dekat 200.

Papan MDF ni kalau kena air sikit, terus mengembang, macam kulit gatal kena gigit nyamuk atau rengat tu 😅.

Tu yang kena dilapik dengan pelapik. Mula² ingat nak guna tikar getah saja, sebab senang. Tapi kat sini saya tak familiar dengan kedai² hardware, melainkan Mr. DIY, tu yang bila jumpa saja plastik wallpaper ni, terus pilih.

Nama dia PVC foil, tapi jangan expect macam paip PVC. Ni plastik nipis macam kertas, mudah bisak. Waktu nak pasang kena extra hati² supaya tak terkoyak.

Satu roll ada 3 meter, lebar 45 cm, cukup untuk 3 keping papan rak. Kesemuanya saya perlukan 5 gulung plastik wallpaper. Soalannya, berapakah rak besi yang saya beli? 100 markah 😂.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2020/02/dah-macam-kartun-nak-pasang-rak-besi-ni-%f0%9f%98%81/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/458851115684703/

Tulis komen: