Tak terasa gempa bumi pagi tadi

274690880_481283086774839_6991062058135723583_n.jpg

Jumaat, 25 Februari 2022, 8:15 pm0

Gempa bumi kat Sumatera pukul 9.30 pagi tadi ⁽¹⁾, dapat dirasai terutamanya di sekitar pantai barat semenanjung ⁽²⁾. Saya baru mula kerja balik kat ofis lepas 2 hari kerja dari rumah sebab masih sakit kaki akibat gout ⁽³⁾, tak perasan pun kalau ada rasa goyang².

Seingat saya, pertama kali merasa bumi adalah pada tahun 2007 kat Mantin. Lepas ikut kakak saya balik kerja pada masa tu, rasa gegar dia sekejap saja, sekali goyang kuat sampai gayung kat tandas jatuh ke lantai. Rasa macam duduk kat bangku pastu ada orang tolak bangku tu.

Kali kedua yang paling saya ingat, dalam lebih kurang tahun 2014 kat apartment Asia Height. Gegar² sedikit lamanya sampai dekat seminit. Rasa macam dalam kapal terbang yang bergegar kena angin turbulence. Dah rasa nak panik time tu, takut bangunan runtuh. Dah la duduk tingkat 16, apartment atas bukit, pastu kat sebelah menyebelah semua apartment tinggi 20 tingkat lebih & ada lagi sebijik apartment dalam pembinaan yang lebih tinggi daripada semua apartment lain. Rasanya sampai 40 tingkat, dibina di tebing bukit.

😨

⁽¹⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2022/02/774541/strong-quake-indonesia-tremors-felt-certain-parts-peninsular
⁽²⁾ https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2055604
⁽³⁾ https://azwan082.my/2022/02/4-hari-tak-dapat-berjalan/

ShareTweetSaveSendCopy