Harimau Malaya jumpa pasukan hujan malam ni

287149396_548501750052972_3637005797068467374_n.jpg

Sabtu, 11 Jun 2022, 2:45 pm45

Rabu lalu pasukan bola sepak negara mencipta sejarah menewaskan Turkmenistan ⁽¹⁾ yang berada ranking 20 anak tangga lebih tinggi daripada Malaysia, dalam pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Dah lama tak tengok Malaysia beraksi dengan cemerlang begini, membuat high pressing pada 20 minit pertama sehingga menghasilkan 2 gol, sampai terharu Irfan Bakti tengok ⁽²⁾.

Keesokan harinya pula, TMJ mengumumkan pengunduran daripada pengurusan JDT ⁽³⁾ & menyerahkan tanggungjawab kepada pihak pentadbir tertinggi kelab ⁽⁴⁾.

Malam ni Malaysia bertemu Bahrain, negara yang bah dulu baru hujan 😅. Berada pada ranking 89, jauh meninggalkan Malaysia. Walaupun rekod pertemuan sebelum ni banyak seri & perlawanan hari ini pun Kim Pan Gon sekurang²nya mahukan seri, tapi Bahrain tetap melihat Malaysia memiliki kelebihan, sehingga tukar hotel takut taktikal mereka diintip ⁽⁵⁾.

Saya sebagai penonton, memang mahukan Malaysia menang lagi, tapi diikutkan pada realitinya, kalau seri pun dah kira cukup bagus.

Pada perlawanan menentang Turkmenistan, dapat dilihat di bahagian pertahanan, Shahrul Saad banyak melakukan kesilapan sehingga menyebabkan bolos.

Di bahagian serangan pula, De Paula & Sumareh selalunya dimasukkan di separuh masa ke-2. De Paula ni main macam menyalakan kayu api yang lembap, mula² saja berlari kencang, lepas tu dia sambung joging balik.

Sumareh pula jenis kepala angin, sikit² nak gaduh. Bagus masukkan saja dia ni di minit ke-90 lepas tu tackle la suka hati.

⁽¹⁾ https://grandstandkita.net/free-role-safawi-antara-5-perkara-daripada-kejayaan-malaysia-tewaskan-turkmenistan/
⁽²⁾ https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/06/964199/harimau-malaya-buat-irfan-menangis
⁽³⁾ https://grandstandkita.net/tmj-umum-undur-diri-serah-jdt-kepada-pengurusan-tertinggi/
⁽⁴⁾ https://grandstandkita.net/5-instant-impact-kepada-jdt-selepas-pengunduran-tmj/
⁽⁵⁾ https://grandstandkita.net/bahrain-jadi-paranoid-sanggup-tukar-hotel-elak-taktikal-diintip-malaysia/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/548501780052969/

Tulis komen: