Barang camping trending untuk musim sejuk - booties

Jumaat, 16 Disember 2022, 10:40 pm179

Ianya seperti sarung kaki / stokin / kasut, tapi bukanlah dipakai untuk berjalan², tapi untuk memanaskan kaki, bagi yang pergi bercamping di musim sejuk sekarang.

320585177_530518729129294_3875438277209339613_n.jpg
Channel Youtube Jojo Camping.

Ia antara barangan yang disyorkan oleh Jojo Camping ⁽¹⁾. Saya suka ikuti channel ini sebab ia memaparkan cara yang ingin saya buat satu hari nanti, iaitu car camping menggunakan SUV 4×4.

Kenderaan yang digunakan ialah Hyundai Galloper, rebadge Mitsubishi Pajero generasi pertama. Dipasang dengan awning yang mudah dibuka pasang ⁽²⁾. Hanya tarik dari tempat simpan awning yang dipasang di roof rail, dah dapat awning yang menutup ruang tepi hingga ke belakang kenderaan.

Pada awning itu juga boleh dipasang dinding, bagi mencipta sempadan ruang & privasi bagi camper.

Banyak idea bernas untuk SUV camper yang ditunjukkan oleh Jojo Camping, yang satu hari nanti saya nak cuba jugak, untuk pergi mengembara 🚙.

320275156_902100547618313_4415382640639693874_n.jpg
Dentan, boxcar camper Jepun.

Dentan dahulunya popular dengan camping dalam kotaknya, Suzuki Spacia, sekarang dah tukar guna Suzuki Jimny. Baru ada satu video dia bercamping menggunakan roof top tent ⁽³⁾ (khemah atas kereta), pun ada juga dia pakai booties ini.

319689428_6076847835667110_2195224730795602087_n.jpg
Rirang bercamping dalam salji ⁽⁴⁾.

Tak ingat video mana yang Rirang mula pakai booties ni. Tahun lalu ada video dia bercamping atas tasik yang beku. Memang rempuan extreme.

Rirang guna kereta Hyundai Casper, sejenis crossover, baru beli setahun lalu. Ada juga dia guna kereta² lain bercamping, seperti Hyundai Palisade ⁽⁵⁾, SUV mewah yang kita tengok YDPA naik untuk pergi lantik PM10 tempohari.

Tapi kereta yang paling saya suka tengok dia pakai pergi camping ialah Hyundai Ioniq 5 ⁽⁶⁾. Tak perlu risau nak cari sumber elektrik, atau nak sedia power bank / power station. Kereta itu sendiri dah jadi sumber elektrik.

Dengan fungsi V2L (vehicle to load), sambungkan satu peranti khas pada charging port kereta, dah jadi plug 230V untuk menyambungkan mana² perkakas elektrik rumah. Nak guna cerek, induction cooker, pam air, pasang lampu, kipas, laptop, projector, mengecas telefon, semua dapat. Hinggakan ada hotel di England ⁽⁷⁾ yang guna Ioniq 5 ini sebagai sumber elektrik utama.

Kat iklim khatulistiwa kita, mungkin tak perlu pakai booties ni pun. Tapi bagi yang selalu kesejukan memang perlu pakai, lebih² lagi kalau bercamping di tanah tinggi, atau pun bermalam di hotel yang tak dapat nak adjust suhu aircond.

Berita tragedi hari ini, tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali ⁽⁸⁾, setakat ini korban yang telah ditemui meningkat kepada 21 orang ⁽⁹⁾.

🙏

⁽¹⁾ https://youtu.be/4CG6CGI8qWA
⁽²⁾ https://youtu.be/SBclBv6JgCI
⁽³⁾ https://youtu.be/5cH52BEQm80
⁽⁴⁾ https://youtu.be/TX2Aeoczdkk
⁽⁵⁾ https://youtu.be/3tMtNuXeSDE
⁽⁶⁾ https://youtu.be/3Q31OzbAUAk
⁽⁷⁾ https://paultan.org/2022/10/17/hyundai-ioniq-5-v2l-hotel/
⁽⁸⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2022/12/861243/breaking-two-dead-51-missing-23-safe-genting-landslide-nsttv
⁽⁹⁾ https://www.nst.com.my/news/nation/2022/12/861514/batang-kali-landslide-death-toll-rises-21

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/817707959396118/

Tulis komen: