Rupa penapis air lepas setahun

Selasa, 14 Februari 2023, 11:50 am0

328285410_926390125044543_5182594224421583554_n.jpg
Berbanding yang baru kat kanan.

Penapis air ni dipasang waktu mula² pindah setahun lalu ⁽¹⁾. Kira bersihlah jugak air PBAPP ni, tak perlu tukar filter terlalu kerap. Kuning² tu mungkin ada karat sikit.

330479840_519417193637513_3762514694220523200_n.jpg
Lepas setahun baru pakai pemanas air untuk mandi.

Sebelum ni tak pasti macam mana perpaipan rumah ni. Air kat tandas perlahan macam ada paip tersumbat. Rupa²nya pili kat anak panah biru tu tak buka 🤦‍♂️.

Tak buka sebab sebelum ni ada sikit bocor, air menitis bila tutup semua paip. Ingatkan kena tukar pili yang kat dalam dinding simen tu. Rupa²nya hanya perlu pasang pita PTFE (selotep putih paip) dan ketatkan lagi pengikat pada kepala pili tu.

Sekarang barulah tekanan air kat tandas, termasuk yang ke dalam pemanas air ni jadi kuat. Dapat pasang shower.

329611976_5639657556163392_1487702460899940312_n.jpg
Pasang kepala shower, rasa macam mandi kat hotel.

Ini projek , paip shower asal dengan pemanas air tu disambung dengan paip PVC untuk dipanjangkan & disambung dengan kepala shower jenis plastik ni. Murah saja beli kat kedai Mr. DIY, kalau tak silap tak lebih RM10.

330980356_873941357237735_7295903858621866344_n.jpg
Projek seterusnya, penutup tangki air.

Ada baca berita yang sekarang ni penghujung La Nina (tengkujuh), tak lama lagi mula El Nino (kemarau). Kena sedia awal tangki simpanan air.

Tangki air ni kena ada penutup, sebab kalau dibiar terdedah, nyamuk akan membiak, penuh jentik² dalam air.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/awal-bangun-cuci-dapur-pasang-penapis-air/

ShareTweetSaveSendCopy