Berbuka puasa sambil baca kotak kurma

Saia beli kurma hanya pilih kurma madu Yuta, di dalamnya ada madu yang berbisik²
.
Belek² kotak, ada beberapa info baru dapat tahu.
Kurma ni diimport dari Iran, dibungkus di satu tempat bernama Dogol Tower. Kalau google, susah nak jumpa bangunan tu, kena cari guna tulisan Parsi:
برج دوگل

Alamat pengimport kat Lebuh Farquhar tu rasanya pejabat. Kilang mereka dapat dilihat di tepi lebuhraya PLUS dekat kawasan perindustrian Juru.
Ini kurma saiz L, anggaran panjang dalam 3-5 cm. Agaknya kurma saiz S tu macam kismis
.
#Makan 3 hari lepas buka
Tak mampu saia nak habiskan berpuluh biji kurma dalam 3 hari bos, potong kaki kena diabetes
.