Tonton MyTV dilengkapi intisari rancangan pada smart TV bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Ingatkan motosikal EV ni saiz moto kapcai

Khamis, 29 Februari 2024, 6:55 pm0

Tengok brader dari Filipina ni naik moto tu nampak comel pulak 😂.

Seperti yang saya pernah tulis sebelum ni ⁽¹⁾, untuk meningkatkan penggunaan kenderaan elektrik bagi mengurangkan pencemaran udara & pencemaran bunyi, kena mulakan dengan motosikal dulu.

63908A9C-9750-4741-AE6D-F79703241AE5.jpeg
Honda Dax E ⁽²⁾.

Bila terjumpa moto ni kat Shopee ⁽³⁾, sekilas pandang tak nampak macam e-scooter. Dengan design handle tinggi tu ingatkan macam bawa motor Awie 😅.

Kapasiti boleh pergi sejauh 65km dengan halaju maksima 25km/j, kenderaan ini tergolong dalam kategori basikal elektrik (e-bike). Kalau perhati betul² ada pengayuh kat bawah tempat duduk tu.

Setahu saya, basikal elektrik boleh dibawa di raya, tak perlu lesen. Kalau skuter elektrik (e-scooter) jenis kick scooter (tayar kecil, ada papan untuk berdiri, sesetengah model ada tempat duduk), pun tak perlu lesen, cuma tak dibenarkan atas jalan raya.

Dengan harga RM5 ribu lebih, Honda Dax E ini cukup mampu milik. Tapi kalau rasa ia terlalu kecil, yang seterusnya ini mungkin lebih sesuai & stylish, tapi harganya lebih kurang harga Axia Rahmah.

B4F5990A-1443-4269-AB53-5BF0C571EBFD.jpeg
BMW Motorrad CE02 ⁽⁴⁾.

Dari video paultan ⁽⁵⁾ ini, ia dikatakan dalam kategori e-scooter, jenis moped (moto kapcai). Dari pengamatan saya, nampak macam dalam kategori motosikal elektrik. Agaknya masih perlukan lesen memandu kelas B.

Halaju maksima 95km/j dan jarak maksima bateri cas penuh ialah 90km. Baru saja dilancarkan, spekulasi harga dalam RM40k 😦.

Motosikal elektrik ini sangat sesuai digunakan oleh mereka yang bekerja di bandaraya besar yang sering mengalami kesesakan jalan raya, boleh mencilok tepi kenderaan besar. Rutin penggunaannya adalah seperti berikut:

  • Sebelum digunakan, motosikal ini dicas di rumah sehingga bateri penuh
  • Pagi pergi kerja, dengan bateri penuh, bawa ke tempat kerja yang jarak maksimum kira² 45km.
  • Petang balik kerja, kalau jarak pejabat ke rumah kira² 45km, kapasiti bateri mungkin sudah menghampiri sifar, sebab jarak maksimum sekali cas penuh ialah 90km.
  • Cas bateri kat rumah sehingga penuh & boleh gunakan semula pada esok hari.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/sebelum-bawa-tesla-kena-mulakan-dengan-motosikal-elektrik/
⁽²⁾ https://www.youtube.com/watch?v=lGPhp8hM65I
⁽³⁾ https://invl.io/clksplr
⁽⁴⁾ https://www.youtube.com/watch?v=AUA4pS3VaOM
⁽⁵⁾ https://www.facebook.com/share/v/5vwXrFqP4mvBx2us/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/1073169250516653/

Tulis komen: