Aik, kopi segera jak?
Selasa, 7 Mei 2024, 7:55 pm
Bukannya menyertai kempen boikot pihak tertentu, tapi Aik Cheong offer harga yang lebih ekonomikal.

Nescafe Original 3-in-1 sebungkus ada 28 paket yang selalu saya beli harganya dalam RM16. Kalau dihitung kos per paket, Nescafe Original adalah RM0.57/paket, manakala CoffeeMix Aik Cheong pula RM0.32/paket, lebih murah. Lagipun sebungkus besar ni boleh tahan 3 bulan kalau #minum sepaket sehari .

Yang agak menggusarkan adalah jumlah lemak tepu tu, 2g bersamaan 10% had saranan harian, nampak macam banyak .

Untuk brand Aik Cheong, sebelum ni saya hanya minum teh tarik yang bungkusannya warna hijau tu.
โฝยนโพ https://www.fda.gov/consumers/consumer-updates/spilling-beans-how-much-caffeine-too-much
Mujur ada simpan ignition coil lama
3 Mei 2024