Laman web untuk menonton saluran TV & radio Asia Tenggara

Sabtu, 11 Mei 2024, 10:35 pm0

EC9434E6-341A-425F-839E-4F22D87DEF05.jpeg
Boleh tengok TV dari Malaysia, Singapura, Brunei & Indonesia tanpa perlu beli akses premium.
Malaysia
BD0D3B32-20F4-4C6B-8511-FAD6EF9C5F78.jpeg
RTMKlik (https://rtmklik.rtm.gov.my)

Mengandungi saluran TV daripada RTM (Radio Televisyen Malaysia) – TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM & TV6. Termasuk saluran khas – Dewan Negara & Dewan Rakyat, bersiaran hanya apabila ada parlimen bersidang. Saluran radio pula ada 6 stesen radio nasional, 14 radio negeri & 14 radio tempatan.

Kekurangan apabila menggunakan website ini ialah selalu keluar popup dialog, leceh nak klik tutup dialog tu tiap kali buka halaman utama.

F2BD6F1F-67C0-42C7-849D-2239492830FC.jpeg
Tonton (https://www.tonton.com.my)

Menyiarkan saluran TV daripada Media Prima – TV3, Didik TV (NTV7), 8TV, TV9 & Drama Sangat. Saluran untuk pelanggan premium – TVN, TVN Movies, Animax & GEM.

Kena daftar masuk kalau nak tengok live TV. Kemudian sebelum live TV mula main, ada iklan (pre-roll ad). Dan juga tak dapat guna Brave browser untuk buka website ini.

663608E9-151D-4DED-937C-0E430596C8BF.jpeg
Mana-mana (https://www.mana2.my)

Ini website daripada MYTV Broadcasting, penyedia saluran TV digital di Malaysia. Saluran TV terdiri daripada semua saluran dari RTM, termasuk saluran swasta – TV Alhijrah, TVS, Bernama TV, Suke TV, Selangor TV & TV IKIM. Saluran TV antarabangsa pula termasuk – MCE (My Cinema Europe), CNA (Channel News Asia), TaiwanPlus, British Muslim TV, Motor Racing TV, DW (Deutsche Welle), Horizon Sports, TVRI Nasional & TVRI World.

Bagi saluran radio, sedikit stesen radio dari RTM, dan selebihnya radio dari Media Prima & saluran swasta – Hot FM, Fly FM, Manis FM, Molek FM, Best FM, Radio IKIM, 988 FM, Eight FM, Kool 101, Nasional FM, Traxx FM, Minnal FM, Ai FM, Radio Klasik, Asyik FM, Sabah FM, SabahV FM, Sarawak FM, Wai FM & Bernama Radio.

Website ini mudah digunakan memandangkan boleh menonton tanpa perlu daftar masuk.

Singapura
43E76030-86FC-4942-8701-E29EDBA41639.jpeg
meWATCH (https://www.mewatch.sg)

Memaparkan saluran TV daripada MediaCorp. Sesetengah siaran boleh ditonton tanpa perlu daftar masuk, tapi hanya terhad kepada penonton dari Singapura sahaja. Juga ada pre-roll ad.

Saluran TV dari MediaCorp – Channel 5, Channel 8, Channel U, Suria, Vasantham & CNA. Saluran TV menyiarkan liga perdana bola sepak Singapura – SPL01 & SPL02 – hanya bersiaran apabila ada perlawanan. Saluran TV siaran langsung – LIVE 1 (kebanyakan masanya rancangan home shopping), LIVE 2 & LIVE 5 (hanya bersiaran jika ada rancangan siaran langsung, contohnya AFC Champions League).

Di samping itu, ada juga saluran TV klip muzik – Now 70s, Now 80s & Now Rock. Terdapat juga beberapa saluran lain, tapi sama ada kena daftar masuk atau mesti beli akses premium. Namun tak ada saluran stesen radio.

Brunei
58A257EB-FE58-4761-A026-4AF65EA9F43F.jpeg
RTBGo (https://www.rtbgo.bn)

Mengandungi saluran TV daripada RTB (Radio Televisyen Brunei) – RTB SukmaIndera, RTB Aneka (untuk penonton dari Brunei sahaja) & RTB GoLive. Saluran radio juga dari RTB – Nasional FM, Pilihan FM, Pelangi FM, Harmoni FM & Nur Islam FM.

Indonesia
2AAABC51-83E3-4909-BA9B-FD997F263B2F.jpeg
Vidio (https://www.vidio.com)

Website ini mengehadkan tempoh tontonan saluran TV kepada 3 minit sahaja kalau tak daftar masuk.

Saluran TV yang boleh ditonton tanpa membeli akses premium – Metro TV, Kompas TV, RANS Channel, BTV, Ajwa TV, TVRI, JakTV, DAAI TV, Nusantara TV, JTV (TV Jawa), JPM TV, TV Tempo, Metro Globe Network, SEA Today, Magna TV, Tawaf TV & Reformed 21 TV. Saluran radio pula ada 20 stesen.

Bayangkan kalau dapat tonton kesemua saluran TV dari pelbagai negara ini terus pada atau anda, tanpa perlu pasang dekoder box 😏.

Di sini saya memperkenalkan produk langganan MY IPTV, perkhidmatan playlist IPTV yang menggabungkan saluran TV / radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia. Sumber siaran adalah dari website MyTV mana-mana, tonton, RTMKlik, RTBGo, mewatch & vidio.

Dengan menjadi pelanggan perkhidmatan ini, anda bukan sahaja mendapat akses kepada lebih 100 siaran TV & radio dari Malaysia, Brunei, Singapura & Indonesia, bahkan anda mendapat maklumat rancangan semasa (EPG), terutamanya siaran TV dari Malaysia.

Tiada pendaftaran diperlukan, melainkan e-mel dan alamat pengebilan anda semasa melakukan pembelian untuk tujuan mencipta pautan playlist khusus untuk anda.

Pakej langganan bermula dari tempoh sebulan sehingga setahun. Jika anda hanya mahu mencuba dahulu, boleh pilih pakej sebulan 👇.

1 Month
3 Months
6 Months Save 2%
1 Year Save 4%

Jika langganan anda telah aktif, anda hanya boleh memperbaharui atau melanjutkan langganan dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tamat.

ShareTweetSaveSendCopy