Singgah pusat membeli-belah yang ada sungai dengan ikan keli gergasi di dalamnya

Khamis, 23 Mei 2024, 9:45 am

Lebih tepat, terusan yang menghubungkan dua tasik bekas lombong dedah bijih timah terbesar di dunia.

664260E2-E48C-4FB5-990B-5802544E79CF.jpeg
The Mines Shopping Mall,

Tasik utara bersaiz 150 ekar – 2 km panjang, 1 km lebar, 200 meter dalam. Manakala tasik selatan pula sebesar 56 ekar.

Ada beberapa pakej menaiki bot menjelajahi kedua² tasik:

Greenery Cruise

Wawa Splash Tour

Discovery Cruise

Amazing Cruise

Kualiti air tasik boleh dikira ok, ada sedikit sampah sarap, namun tak berbau, bahkan ada banyak ikan hidup sihat menandakan kualiti air yang sesuai untuk hidupan.

Tengok ikan keli yang pengunjung beri makan roti dalam video ni, saya agak² saiznya dah sebesar paha lelaki dewasa 😲:

@azwan082_my

Beri makan ikan keli besar² kat sungai dalam shopping mall The Mines.

♬ original sound – azwan082_my – azwan082_my

Shopping mall ini lengkap dengan pelbagai jenis kedai:

5E6E83C0-4FCD-4C18-8154-EA8D7F6E1C58.jpeg
Kedai Ace Hardware banyak barang dari Amerika.

Saya ikuti channel Modern Builds (oleh Mike Montgomery) dan Homemade Modern (oleh Ben Uyeda), kedua²nya Youtuber USA yang selalu mempromosi produk kerja² pertukangan.

Di kedai ini barulah saya ada terjumpa barangan jenama tersebut, seperti cat sembur Krylon & Rust-oleum, juga produk gam kayu jenama Gorilla & Titebond.

Disebabkan ianya import, harga dia jangan ditegur, sebotol cat sembur tu dah RM70 😭.

4F4FBF6E-10C5-4E3E-B73C-3491221F003A.jpeg
Antara produk lain yang menarik perhatian saya di Ace Hardware.

Atas – gas canister (propane / butane), atau gas memasak untuk camping, selalu saya tengok digunakan camper kat Korea. Kat sini tak banyak dapur (stove) portable yang pakai gas jenis begini, kebanyakannya jenis bentuk botol spray cat tu.

Bawah – ada connector & valve untuk tiub LDPE 16mm yang digunakan dalam sistem hidroponik. Kalau Mr. DIY mana ada jual produk spesifik begini.

ShareTweetSaveSendCopy