Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂

Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm
Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂.
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.
Isnin, 3 Januari 2022, 10:05 pm
Nak cuba buat pansuh tapi jadi egg tart 😂.
Ini aktiviti kat #kebun waktu cuti tahun baru. Idea asal saya & kakak saya ialah masak apa² saja dalam buluh.
Jumaat, 31 Disember 2021, 6:45 pm
Tuai sawi hidroponik, masak dengan megi goreng.
Sebelum ni saya ingat ini sayur ensabi ⁽¹⁾, tapi rupanya sawi pahit 😅. 7 minggu lepas membesar dalam #kebun #hidroponik kratky, tadi dah dituai & masak dalam megi goreng.
Ahad, 26 Disember 2021, 4:45 pm
Sayur daun saja yang menjadi dalam #hidroponik kratky
① - Kesemua sayur sawi tumbuh sihat, mungkin yang satu tu saja sedikit terbantut. Saya nak tunggu seminggu lebih lagi, baru tuai & masak bersama megi goreng 😁.
Jumaat, 26 November 2021, 9:40 pm
Hujung daun nampak terbakar, tanda kekurangan potassium.
① - Banyak daun pokok capsicum nampak kesan terbakar di hujungnya. Kalau di-google, ini menunjukkan pokok kekurangan unsur potassium ⁽¹⁾.
Khamis, 25 November 2021, 6:50 pm
Merenung ke dalam api.
Kalau nak buat BBQ, saya lebih suka guna kayu² api seperti yang dikumpul dalam post semalam ⁽¹⁾. Lebih² lagi kalau kayu api ini dibakar pada malam hari, ia menyala menghasilkan cahaya yang selesa untuk dilihat, berbanding menggunakan arang komersial yang hanya membara.
Rabu, 24 November 2021, 8:25 pm
Nak cari kayu, nak cari kayu.
① - Ada beberapa lagi dahan kecil pokok kristal yang tinggal untuk dikerat² pendek buat jadi kayu api.
Sabtu, 20 November 2021, 3:55 pm
Terpaksa buang satu lagi pokok capsicum.
① - Salah satu daripada 2 pokok capsicum dalam satu tong ni nampak agak terbantut pembesarannya, walaupun ada buah yang dah mula menjadi. Terpaksalah untuk korban satu pokok ni, supaya pokok yang satu lagi dapat fokus sepenuhnya menghasilkan buah.
Jumaat, 12 November 2021, 6:35 pm
Pokok capsicum asyik tumbang dari netpot + tanaman baru dalam #hidroponik kratky.
① - Pokok capsicum sekarang dah besar tinggi, tak muat untuk dua pokok dalam satu pasu hidroponik. Kena pindah satu pokok ke tong baru & lubang di tong lama ditutup supaya air baja tak kena cahaya matahari.
Ahad, 7 November 2021, 8:50 pm
Capsicum dah mula berbunga, tak lama lagi keluar buah.
① - Ini status 7 minggu lepas semai & 3 minggu lepas pindah ke dalam #hidroponik kratky. Rasa macam cepat jak capsicum ni mula berbunga, berbanding cili. Tapi tak jauh beza sebenarnya, kalau google info tanaman cili, cili mula berbunga dalam 9 minggu lepas semai.