Clean up challenge & update reban ayam

19 April 2019, 11:21 pm

Jumaat, 19 April 2019, 11:21 pm149 ① ② ③ – Kemas dah sekitar rumah, boleh ni untuk sertai #emartcleanchallenge. Tebas guna lengkok, mesti asah setiap kali mula kerja sebab banyak kena batu & banyak pokok semalu. Lepas tebas, baru disembur dengan racun rumput. ④ – Kerja memasang pagar reban ayam dah mula, tiang-tiang dah didirikan […]

Apa itu CHOP dan CHIFT PIST dalam aquaponics?

12 April 2019, 3:37 pm

Jumaat, 12 April 2019, 3:37 pm173 CHOP? CHIFT PIST? APEKEBENDALAHTU? Dalam set aquaponics yang saya buat sebelum ini, kesemuanya menggunakan kaedah pam air di dalam tangki ikan. Untuk sistem yang mempunyai sedikit ikan, kaedah ini tidak ada banyak masalah. Tapi apabila sistem itu dikembangkan untuk skala komersial, kaedah tersebut menjadi kurang sesuai, lebih-lebih lagi pam […]

Gambar dekat sambungan kayu rangka dinding

7 April 2019, 6:33 pm

Ahad, 7 April 2019, 6:33 pm471 ① – Rangka pada lantai, disambung menggunakan paku 3”, dan kayu menegak menggunakan paku 2”, dipasang pada tiga sisi kayu ② – Sambungan rangka kayu tegak pada gelegar bumbung, juga menggunakan paku 2” pada tiga sisi. Pemasangan kayu tegak (stud) ini secara tidak langsung menguatkan kayu gelegar bumbung yang […]

Rangka dinding bertingkap

6 April 2019, 7:00 pm

Sabtu, 6 April 2019, 7:00 pm169 1 – Untuk rangka dinding yang ada mempunyai lubang tingkap, jarak antara kayu rangka adalah bergantung kepada luas tingkap yang diingini. Bagi tingkap ini, saya mahu pasang tingkap satu daun, dan lebar bukaan adalah dalam lebih kurang 2’ 2 – Kemudian kayu melintang dipasang untuk melengkapkan rangka. Tinggi tingkap […]

Rangka dinding bilik

5 April 2019, 5:23 pm

Jumaat, 5 April 2019, 5:23 pm379 Sebelum memasang dinding, rangkanya kena buat dahulu. Saya pilih bahagian dinding yang tiada tingkap untuk dibuat dahulu sebab ianya yang paling mudah untuk dikerjakan. 1 – Kayu 2×2 dipasang di atas lantai pada perimeter bilik, ia dipaku ke tiang dan gelegar lantai. Bagi lantai yang tiada kayu rangka di […]

Satu lagi meja ketuhar DIY

29 Mac 2019, 6:20 pm

Jumaat, 29 Mac 2019, 6:20 pm256 1 – Rangka meja dibuat sama seperti meja ketuhar mikro yang dibuat bulan lalu. Saiznya 40cm panjang, 60cm lebar dan 95 cm tinggi. 2 – Di sini saya menggunakan skru 2” untuk menyambungkan rangka. Ianya lebih mudah cuma mata skru mudah menjadi tumpul jika terlepas daripada skru semasa diketatkan […]

Lantai bilik rumah kampung #3

26 Mac 2019, 12:35 pm

Selasa, 26 Mac 2019, 12:35 pm361 1 – Bahagian lantai yang bersambung dengan ruang tamu dah pun siap. Bahagian ini agak mencabar sebab panjang yang tidak sekata – hujung dan pangkal lantai ada perbezaan dalam 1 cm, agak sukar untuk membuat garisan untuk memotong plywood tersebut. Kalau ada chalk line tugas ini akan jadi lebih […]

Lantai bilik rumah kampung #2

24 Mac 2019, 12:48 pm

Ahad, 24 Mac 2019, 12:48 pm291 1 – Masih ada lagi bahagian lantai bilik untuk dipasang. Seperti yang sebelumnya, rangka akan dipasang dahulu. 2 – Panjangnya ada dalam 6’, pada bahagian tiang kena dipotong untuk sesuaikan bentuknya. Jadi bahagian ini mengambil masa lebih panjang untuk siap, untuk menyesuaikan saiz plywood dengan panjang bilik & tiang […]

Lantai bilik rumah kampung #1

22 Mac 2019, 2:58 pm

Jumaat, 22 Mac 2019, 2:58 pm390 Beberapa minggu lalu, saya memulakan proses memasang lantai bilik rumah kami. Sepatutnya dibuat pada cuti CNY yang lalu, tapi kedai banyak dah tutup, tak sempat nak beli plywood. 1 – Rangka lantai yang telah lama dipasang ini jaraknya adalah 4’, dan yang lebihan hujung kiri adalah 2’. Saya mahu […]

Rak buku DIY

15 Mac 2019, 4:06 pm

Jumaat, 15 Mac 2019, 4:06 pm333 Kali ini saya tidak buat rangka untuk rak, tapi buat tingkat rak dahulu, kemudian tingkat² tersebut disambung pada dinding rak. 1 – 4 keping plywood 40cm x 50cm, dipasang dengan kayu 1×1 (daripada kayu 1×2 yang dibelah menegak) sebagai penyokong atau tulang kepada tingkat rak. 2 – Dinding rak […]