Gambar² 360 ni saya dah ambil Oktober tahun lalu, tapi bertangguh nak upload sebab ada sebahagian daripada laluan taman ini yang saya tak sempat nak ambil gambar. Sekarang dah 3 bulan masuk tahun baru, baik upload saja dulu, nanti lain kali ambil lagi gambar untuk album di tahun lain.
Taman ini merupakan salah satu taman dalam kawasan #KuchingPark. Keistimewaan taman ini adalah di sini ditanam dengan lebih 30 spesies pokok palma tempatan dan import ⁽¹⁾. Selain itu, terdapat beberapa kolam & air terjun mini di sini, di samping beberapa gazebo untuk tempat duduk² & berehat, dan juga laluan joging di sekitar taman ini, sesuai untuk beriadah petang².
Taman ini adalah salah satu daripada beberapa taman yang terdapat dalam kawasan #KuchingPark di sekitar bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Taman Persahabatan Malaysia-China, atau singkatan Taman Sahabat, merupakan taman yang dibina bagi memperingati ulangtahun ke-30 hubungan diplomatik antara kedua² negara pada tahun 2005. Terletak dikelilingi perumahan mewah di Jalan Song, #Kuching, taman ini terkenal dengan tugu Laksmana Cheng Ho seperti dalam gambar.
Taman Lalulintas, Kenyalang Park, dalam album panorama 360.
Taman Lalulintas ini telah dirasmikan pembukaannya pada tahun 1973. Projek meluaskan & menambahbaik kawasan rekreasi ini di bawah MBKS telah bermula November tahun lalu, dengan menambah laluan joging yang menghubungkan lorong² rumah di perumahan berdekatan, membina jambatan & pavilion, menukar tempat letak basikal kepada tempat duduk berbumbung serta menaiktaraf tandas awam. Mengikut laporan berita ⁽¹⁾, projek ini dijadualkan telah siap Ogos lalu.
Taman Rekreasi Batu Kawa dalam album panorama 360.
Kawasan ini boleh dikatakan terletak dalam satu bulatan besar. Jalan raya dari Batu Kawa menuju Kuching melingkari taman ini. Terdapat bahagian dibina dengan laluan joging & kawasan lapang dijadikan padang bola.
Ada beberapa taman lagi nak buat album #panorama360.
Tapi belum ada kesempatan lagi nak keluar ambil gambar. Biasanya kalau keluar waktu petang, dah ramai orang beriadah kat taman. Lebih² lagi esok hari cuti umum, mesti sesak taman dengan orang berjoging.
Jambatan Gantung Satok yang pertama dibuka pada penghujung tahun 1926 di mana dibina untuk menghubungkan saluran paip bekalan menyeberangi Sungai Sarawak. Jambatan ini juga menghubungkan penduduk untuk menyeberang sungai di mana hanya pejalan kaki dan kenderaan ringan dibenarkan.
Sebagai taman rimba dalam bandar pertama di negeri ini, Taman Rimba Sama Jaya telah digazet pada 31 Januari 2000 dengan keluasan 37.916 hektar. Terletak di dalam bandaraya #Kuching, taman rimba ini bertindak sebagai ‘peparu hijau’ yang penting kepada penduduk. Taman yang terdiri daripada Hutan Kerangas, hutan sekunder dan sedikit hutan paya, rizab alam semula jadi ini menjadi habitat kepada sesetengah spesies hidupan liar. Kemudahan di sini direka dengan latar belantara bandar yang asli agar aktiviti yang dilakukan pengunjung dapat bersepadu dengan alam sekitar. Objektif utama taman ini adalah untuk mempromosikan pelbagai kegunaan taman ini seperti aktiviti rekreasi, pemeliharaan alam semulajadi dan pelancongan.