Anjir! Banjir!

Khamis, 14 Januari 2021, 8:00 am1,029

Hujan lebat turun tak hentiĀ² sejak 2 hari lalu, ditambah lagi dengan air pasang besar (king tide), lalu banjirlah tempat kami. Mujur kali ni air tak masuk ke dalam rumah. Tapi hari ni nampaknya masih hujan, tak tahulah macam mana petang nanti šŸ˜”.

137578251_231938071709343_1123446871664251863_n.jpg

ā‘  – Semalam king tide dalam pukul 5.45 petang, kemudian air naik paling dalam pada pukul 6.45 petang. Ini gambar pada air pasang pada awal pagi tadi. Air pasang pada 4.30 pagi, kemudian air naik paling dalam pada pukul 6 pagi. Paling tinggi air naik pun hingga melimpah ke jalan (anak panah).

138463588_231938098376007_7037577598465009532_n.jpg

ā‘” – Jam 7 pagi, air mula surut.

137574916_231938178375999_3491243962729821586_n.jpg

ā‘¢ – KorekĀ² balik gambar lama, ini banjir pada Januari 2009, 12 tahun lalu. Zaman masih pakai kamera fon Nokia. Air naik hingga paras buku lali dalam rumah. Kat luar rumah sampai paras paha.

137267287_231938211709329_6530310944930783938_n.jpg

ā‘£ – Dan ini keadaan selepas banjir. Banjir 2009 ni kiranya antara yang terburuk. Pernah sekali banjir sewaktu saya masih sekolah rendah kalau tidak silap, rasanya dalam tahun 1998-2002, jika dilihat pada kesan air banjir pada dinding rumah pada waktu tu, kedalaman hingga paras lutut dalam rumah. Banjir tersebut juga menyebabkan lantai simen tepi rumah & lantai bilik air tingkat bawah jadi mendap šŸ˜±.

ā€”

KucingĀ² semua selamat, ā€˜banglo kucingā€™ tinggi hingga ke atap, dapat mereka panjat kalau tanah tenggelam. Waktu 2009, kucingĀ² semua dibawa ke tingkat atas šŸ˜¹.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/231938248375992/

Pingback: Kat Penang hari panas bila dekat CNY

Tulis komen: