Tugu Buah Limau, mercu tanda pekan Bintangor

141023222_235364671366683_2564526382687531735_n.jpg

Rabu, 20 Januari 2021, 12:10 pm1,798

Landmark Bintangor.

adalah pekan yang terletak antara dan . Nama asalnya adalah Binatang, tapi dah ditukar pada tahun 1984, sebab nama ‘Binatang’ tu kurang enak. Nama Bintangor diambil daripada pokok Bintangor yang banyak tumbuh di tepi sungai di kawasan ini.

Menurut sejarah, kawasan ini dinamakan Kampung Binatang Makan Engkabang, sebab waktu musim buah engkabang, banyak binatang datang makan buah yang jatuh di tebing sungai Rajang.

Orang Melayu telah menetap di sini lebih awal daripada orang Cina Foochow, kira² sebelum 1896, namun mereka telah mula berpindah ke tempat lain. Orang Foochow membuka kampung mereka di sini pada tahun 1920-an. Rajah Brooke telah meminta orang Melayu supaya kekal menetap di kampung di hilir sungai untuk memberi perlindungan kepada orang Foochow daripada orang² pribumi.

Orang² Foochow ini kemudiannya membuka kawasan pertanian di pertemuan antara sungai Rajang & sungai Meradong. Kini, hasil pertanian yang paling popular ialah limau Bintangor.

Setiap tahun pada bulan Mac hingga Jun merupakan musim buah limau. Banyak gerai didirikan di tepi jalan, menjual buah² limau hasil daripada sektor agrikultur di sini. Antara petua untuk memilih buah limau Bintangor yang manis ialah memastikan buah mempunyai bahagian bawah yang cengkung 🍊.

Buah limau Bintangor ini sangat laris, sehinggakan ia digunakan untuk menghasilkan minuman jus jenama Ching San ataupun Green Mountain. Tapi sekarang dah tak ada lagi disebabkan persaingan daripada jenama luar.

Ini pekan Bintangor, tugu buah limau dalam album :

Rujukan:

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/235364698033347/

Tulis komen: