Jalan² hingga ke negeri atas awan

103190574_152387406331077_741339149976491018_n.jpg

Selasa, 9 Jun 2020, 4:50 pm840

Di kawasan tanah tinggi, ketumpatan udara adalah lebih rendah daripada tanah rendah. Sebab tu walaupun udaranya sejuk, tapi prestasi enjin NA (naturally aspirated) menurun. Enjin tidak mendapat kandungan oksigen yang mencukupi untuk pembakaran petrol secara optimum yang menghasilkan kuasa maksimum 🔥.

Kira² 4 tahun lalu saya ada memandu sehingga ke , dapat rasa enjin NA jadi semput, kat rata saja pun, bukannya kat jalan mendaki. Walaupun guna gear manual, yang mana dengan gear manual anda mempunyai kawalan penuh terhadap kuasa enjin yang dihantar ke tayar, tapi tetap juga rasa underpowered. Sehinggakan nak naik jalan ke Desa Cattle Dairy Farm pun guna gear 1, sangat perlahan dan rasa macam kereta nak terundur balik ke bawah 😱.

Gambar: Gunung dari Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di kawasan wetland, selepas hujan & awan semua turun ke darat, suhu pun sejuk ❄.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/152387402997744/

Tulis komen: