Apa itu B40, M40, T20?

wm_91354513_131110488458769_6043582901793062912_n.jpg

Isnin, 30 Mac 2020, 12:10 pm2,289

B40 bermaksud ‘bottom 40%’.
M40 bermaksud ‘middle 40%’.
T20 bermaksud ‘top 20%’.

Ia adalah pengkelasan untuk paras pendapatan penduduk. Setiap orang rakyat dimasukkan ke dalam kumpulan tertentu seperti yg disenaraikan di atas, berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah.

B40 adalah mereka yg isi rumahnya memperoleh pendapatan RM4,360 dan ke bawah dalam sebulan. Mereka juga dikenali sebagai golongan kelas bawahan (low income group). Kira² 40% dari jumlah rakyat termasuk dalam kumpulan ini.

M40 pula adalah mereka yg isi rumahnya memperoleh antara RM4,360 ke RM9,619 sebulan. Mereka ini pula dikenali sebagai golongan kelas pertengahan (middle income group). Juga, kira² 40% dari jumlah rakyat termasuk dalam kumpulan ini.

Manakala T20 adalah mereka yg isi rumahnya memperoleh lebih daripada RM9,619 sebulan, dan dikenali sebagai golong kelas atasan (high income group). Kira² 20% dari jumlah rakyat termasuk dalam kumpulan ini.

Golongan miskin tegar termasuk dalam kumpulan B40, tapi paras pendapatan mereka lebih rendah, iaitu bawah RM980 di semenanjung, bawah RM1,020 di Sarawak, dan bawah RM1,180 di Sabah.

Rujukan: http://a.msn.com/00/en-my/BBYJNbH

Maklumat lanjut berkenaan Bantuan Prihatin Nasional: https://www.pmo.gov.my/2020/03/siaran-media-kementerian-kewangan-malaysia-bantuan-prihatin-nasional-bpn/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/131110481792103/

Tulis komen: