Lagu tema hari ini, wake me up when September ends

120192813_182131960023288_4811138539610381822_n.jpg

Rabu, 30 September 2020, 1:00 pm246

Lagu akustik rock ini merupakan single ke-4 dan trek ke-11 dalam album ke-7 Green Day bertajuk American Idiot yang diterbitkan pada tahun 2004.

Lagu yang ditulis oleh Billie Joe berkenaan ayahnya yang meninggal pada 1 September 1982, semasa Billie berumur 10 tahun. Sewaktu pengebumian ayahnya, Billie Joe lari balik ke rumah dan mengunci dirinya di dalam bilik. Apabila ibunya tiba di rumah dan mengetuk pintu bilik, Billie hanya menjawab, ‘wake me up, when September ends’, yang menjadi inspirasi kepada tajuk ini.

Dalam lirik lagu, ayat ‘seven years has gone so fast’ merujuk kepada 7 tahun selepas ayahnya meninggal, Billie Joe dan Mike Dirnt menubuhkan kumpulan Sweet Children, yang seterusnya dinamakan Green Day seperti yang kita kenal hari ini.

Ayat ’20 years has gone so fast’ pula merujuk kepada tahun Billie Joe menulis lagu ini, 20 tahun selepas kematian ayahnya. Lagu ini telah dirancang untuk dimasukkan ke dalam album Shenanigans, tahun 2002. Tapi Billie Joe belum bersedia secara emosi waktu itu, oleh itu ditunda dan disertakan dalam album American Idiot.

Dalam tempoh pandemik sekarang, tajuk American Idiot ini menjadi sangat tepat. Berapa ramai rakyat Amerika yang terpesong akibat terlalu percaya pada retorik Donald Trump & terlalu taksub kepada ‘American liberty’, hinggakan memakai pelitup muka dikatakan pengaruh komunis China yang menggugat kebebasan rakyat Amerika 🤦🏻‍♂️.

Rujukan:

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/182131956689955/

Tulis komen: