Orang yang drive laju² kat jalan kampung ni berapa minit saja dia jimat untuk cepat sampai?

11 October 2020, 3:55 pm

Orang yang drive laju² kat jalan kampung ni berapa minit saja dia jimat untuk cepat sampai?

Ini yang saya terfikir bila lihat sebiji Toyota Wish yang macam pelesit ni 🏎. Jadi saya pun jadi pelesit sama, ikut belakang #kereta ni di belakang bermula dari #jalan ke Tebakang sampailah simpang ke Tebedu dekat Bunan. Keadaan jalan yang berbukit dengan selekoh² yang agak tajam, kalau cuaca kering masih dapat laju ambil corner tu semua.

Dari rakaman dashcam, jarak perjalanan kira² 30km ni mengambil dalam 13 minit saja. Dari pemerhatian saya, masa mungkin dapat dikurangkan, namun ada beberapa perkara yang terbazir, seperti penggunaan petrol yang meningkat, disebabkan keadaan jalan yang naik turun bukit, pastu terpaksa perlahan kenderaan sebab ada objek tepi jalan seperti kenderaan yang diparkir & pejalan kaki. Tiap kali perlahan, kena pecut balik, tu yang makan banyak petrol tu.

Risiko kemalangan juga meningkat, juga disebabkan keadaan jalan. Kalau silap bajet jarak kenderaan dari arah bertentangan atau yang tiba² masuk ke jalan utama, memang nahas. Belum kira lagi dengan pemanduan bersemangat macam ni (spirited driving) boleh meletihkan pemandu dengan cepat, tapi faktor ini dipengaruhi oleh kesihatan pemandu, kondisi kabin kenderaan & kuasa enjin – senang pecut, seat selesa, lebih relax.

Apapun, it was a fun drive. Next time mungkin akan buat proper #dashcamdrive video. Video dari dashcam kali ni agak kuat bergegar, sampai nampak macam gambar tu bergelombang 🌊.

Pin It Send

Komen sikit: