Jalan ini merupakan jasa peninggalan arwah Tok Nan.

18 October 2020, 10:00 am

Jalan ini merupakan jasa peninggalan arwah Tok Nan.

Sini adalah penghujung #jalan yang menghubungkan Kampung Pugu dengan #Lundu, terletak di muara Sungai Serayan Besar. Di seberang sungai ini ialah pekan #Sematan.

Dalam tahun 2016 saya pernah ke sepanjang jalan kampung tepi pantai kat Lundu ni, tapi hanya setakat Pantai Pandan. Saya lihat jalan ini masih lagi jalan batu, ingatkan ia lorong menuju ke rumah orang sebab lebar jalan yang sempit. Tapi rupanya ia bersambung jauh hingga dekat dengan Sematan di seberang sungai.

Sekarang jalan sudah bertar & kondisinya bagus. Banyak pantai, resort & juga tapak perkemahan di sini. Contohnya Pantai Tenang, Pantai Pugu, Permata Pugu Camping Site, dan dekat Pantai Pugu ada Deen Chalet untuk bermalam. Budak² kampung merempit pun ramai kat jalan sini.

Kat Pantai Pugu ataupun Turtle Beach Pugu ni saya sempat berbual dengan salah seorang owner resort. Pantai ni dibuka dari 7 pagi hingga 6 petang, tapi saya sampai tepat² pukul 6, tak ada plan pun nak ke pantai, hanya nak raon² jak 😅.

Pantai berkenaan mengenakan caj RM2 untuk sebuah kereta, mereka kira ikut berapa banyak kenderaan yang parking, tak kira berapa ramai orang yang datang. Ada banyak pondok² atau gazebo disediakan, termasuk tempat untuk barbecue, untuk buat aktiviti sukan tepi pantai, juga untuk berkhemah atau camping. Semua kemudahan dikenakan caj² tertentu, kena tanya balik kepada pekerja di sini, saya tak ingat dah 😅.

Kalau tak nak camping, boleh juga menginap di Deen Chalet, seberang jalan saja, harga dalam RM150 semalam, satu bilik maksimum 6 orang, check-in dan check-out ikut masa hotel, 2 petang & 12 tengahari. Kalau check-in untuk tempoh yang singkat, kalau tak silap saya dalam pukul 6 petang hingga 10 pagi, dapat harga yang lebih rendah.

Kat sini belum ada kedai makan atau restoran, kalau nak makan sama ada bawa bekal, atau kat hujung jalan dekat muara sungai ni ada gerai makanan tempatan.

Tandas ada disediakan, juga dengan caj. Tapi ada juga disediakan macam pakej sewa tapak pondok untuk berkelah termasuk sekali dengan caj ke tandas, sebab kalau semasa berkelah, mandi laut atau buat aktiviti hingga kotor & berpeluh, tak perlulah bayar setiap kali nak ke tandas.

Lokasi ke Pantai Pugu: goo.gl/maps/WBYwWPLZG5bzKEK7A

P.s: Lain kali datang pergi jalan² kat pantai pulak 🏖.

Pin It Send

Komen sikit: