Harga Proton X50 dari 79k hingga 103k

122792075_188948836008267_8093877967255677898_n.jpg

Selasa, 27 Oktober 2020, 1:51 pm898

Model terbaru daripada ini terletak dalam kategori SUV segmen B. Di bawah adalah senarai beberapa kenderaan daripada kategori yang sama.

Perodua Aruz: 68k – 73k
Toyota Rush: 93k – 97k
Honda HRV: 108k – 124k
Mazda CX-3: 130k

Kalau ambil loan 90% selama 9 tahun dengan interest rate dalam 3%, bayaran bulanan dapat dianggarkan sama seperti harga penuh dibahagi dengan 100, contohnya

Standard, 79200 = RM792 / bulan
Executive, 84800 = RM848 / bulan
Premium, 93200 = RM932 / bulan
Flagship, 103300 = RM1033 / bulan

*Ini anggaran saja, kiraan sebenar mungkin ada beberapa puluh ringgit tambah tolak daripada jumlah bayaran bulanan. Setiap orang yang ambil loan, interest rate mungkin ada sedikit berbeza berdasarkan status & jenis pekerjaan, berapa lama tempoh loan, dan berapa banyak margin loan yang bank berani bagi pinjam.

Apa yang membuatkan ini special adalah ciri² moden & canggih, kuasa enjin dan pengalaman pemanduan yang jauh meninggalkan pencabar terdekat. Keyakinan Proton terhadap produk terbaru mereka ini sehinggakan mereka mengundang pihak media untuk cuba lumba drag X50 dengan BMW X1 dan Honda HRV. Boleh tonton menerusi video oleh Chris Wee di sini https://www.youtube.com/watch?v=lvA3BHrcswI.

P.s: waktu Proton Waja dilancarkan dulu, ia dikatakan sebagai pencabar kepada BMW 3-series. Dengan adanya X50 sekarang, ini kali-lah!

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/188948832674934/

Tulis komen: