Tuduh-menuduh takkan selesaikan masalah

wm_92117767_134477424788742_310688446609883136_n.jpg
wm_92617308_134477464788738_7532904421324226560_n.jpg

Khamis, 9 April 2020, 3:10 pm299

Ambil contoh kalau korang pergi jalan² bercuti dengan memandu ke satu tempat yang pertama kali korang sampai pastu tersesat. Katakan dalam kereta ada 3 penumpang seorang pemandu, bila dah sesat atau kehabisan minyak, si penumpang salahkan pemandu tak research jalan awal² ataupun tak isi minyak penuh. Pemandu pula salahkan penumpang yg kerjanya hanya duduk, tidur, cakap², makan² tapi tak tolong tengok jalan atau tengok peta.

Ini contoh pada zaman sebelum Waze la 😏.

Adakah tuduh-menuduh atau salah-menyalahkan orang macam ni selesaikan masalah? Ikut common sense, dah pasti tak selesai masalah, tapi ramai yg buat jugak. Masih jugak sesat.

Ambil contoh yg besar pula, macam Donald D̶u̶c̶k̶ Trump, masalah yg dihadapi di Amerika sekarang ialah penularan wabak yang semakin tidak terkawal, semakin ramai yang mati. Dengan menuduh China dan WHO, adakah penularan wabak akan berkurangan? Atau pesakit² akan sembuh?

Selalunya apabila satu masalah datang, ada dua reaksi yg akan diambil – menyelesaikan masalah, ataupun lari dari masalah. Tuduh-menuduh ni adalah salah satu tindakan untuk lari dari masalah. Ia adalah tindakan orang yg memiliki poor thinking. Orang begini dia akan berfikir – “bukan masalah aku, ini si polan tu punya masalah, kenapa aku pulak yg kena?”. Orang macam ni layakkah jadi pemimpin 🦆?

Boleh jadi selepas wabak ini berakhir, kuasa utama dunia akan beralih dari Amerika ke China.

Syukurlah kerajaan yg dilabel pintu belakang kita ni jenis yg sanggup menghadap dan menyelesaikan masalah. Tengok semua usaha² yang diambil oleh Kementerian Kesihatan, Kewangan, polis dan tentera, termasuk banyak NGO, syarikat² perniagaan dan individu sukarela yg sama² membantu dalam bentuk kewangan, tenaga kerja, pengurusan, logistik dll. Isu² , partisan atau tidak suka individu tertentu dalam kerajaan, itu semua simpan belakang dulu. Kita selesaikan masalah wabak ini sama² dulu, bila dah ok, korang nak sambung gaduh, sukati 🤷🏻‍♂️.

hari ke-23

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/134477481455403/

Tulis komen: