Salah satu hasil tuaian 11.11, bateri baru untuk iPhone SE

126942619_197292408507243_6561553782359245687_n.jpg
126908831_197292471840570_4303635275862904348_n.jpg

Ahad, 22 November 2020, 10:20 am721

Sekarang senang dah nak tukar bateri iPhone secara , kat Shopee ada banyak dijual bateri, termasuk sekali dengan perkakas (tools) dan pelekat untuk memasang bateri.

Pastu kalau nak tahu cara buka & pasang bateri, cari saja tutorial kat Youtube, banyak dah orang buat.

Yang best lagi, sesetengah bateri untuk model tertentu ditawarkan dengan kapasiti yang lebih besar daripada yang datang dari kilang. Ini membolehkan iPhone digunakan lebih lama untuk sekali cas.

Upgrade bateri phone merupakan cara mudah & murah untuk rasa pakai phone baru & untuk mengelakkan daripada membazir dengan membeli iPhone baru tapi complain tak datang dengan charger 🤭.

Skrin lain kali lah tukar, belum ada keperluan lagi. Lagipun sekarang kegunaan iPhone SE ni cuma untuk saya ambil gambar & video saja.

P.s: Esok dah mula pulak jualan 12.12 Shopee 💸.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/197292518507232/

Pingback: Best jugak dah ada ciri ni dalam iOS 15

Tulis komen: