Resipi mi kari segera versi sihat walafiat 🤣

wm_93266552_136831547886663_556264317134045184_n.jpg

Khamis, 16 April 2020, 10:56 am1,295

Apa yang membuatkan mi ini ’sihat’ adalah saya mencampurkan mi maggi kari ini dengan beberapa bahan yang menambahkan khasiat, berbanding hanya mi ini kosong.

  • Potong sebiji kentang kecil² berbentuk kiub, supaya cepat kentang ini jadi lembut.
  • Rebus kentang selama lebih kurang 6-8 minit.
wm_93548100_136831577886660_3656478170741211136_n.jpg
wm_93418509_136831617886656_5064200345350045696_n.jpg

Saya didihkan dulu air kat cerek elektrik utk jimatkan penggunaan gas memasak, pastu baru letak dlm periuk.

  • Masukkan sayur cangkuk manis. Rebus lagi untuk 5 minit.
  • Kemudian baru masukkan mi maggi. Rebuslah lagi 2 minit, kemudian toskan.
  • Bubuh serbuk perasa maggi hanya 1/3 paket, supaya kurangkan kandungan sodium (natrium).

Sodium berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kalau korang ada rasa tegang kat tengkuk, pastu rasa pening sikit, mata berpinar², itu tanda tekanan darah naik. Kurangkan makan sodium (garam).

  • Gaulkan mi, cangkuk manis dan kentang bersama serbuk perasa tadi sampai rata.
  • Tambah telur rebus 2 biji, ambil semua bahagian putih telur, kuning telur pula ambil ½ biji saja, sebab bahagian ini tinggi kolesterol.

Putih telur mengandungi protein yg tinggi, membantu dalam pembinaan tisu otot, bagus utk mereka yg buat workout untuk membina otot.

Dalam ini, karbohidrat diperolehi dari mi dan kentang, sayur cangkuk manis membekalkan vitamin dan serat, dan protein dari telur rebus. Tanpa minyak dan kurang garam 👍.

(Update) Saya buat resipi mi ni minggu lalu, gambar ke-3 tu saya buat semalam, guna 2 biji kentang & lebihan sayur cangkuk manis meal prep. Inilah saiz hidangan paling besar yg saya makan sepanjang yg dah masuk hari ke-30, banyak ni boleh simpan lagi untuk makan malam 😅.

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/136831641219987/

Tulis komen: