Lepas upgrade SSD, laptop ni berkomplot nak menguasai dunia 😱

Selasa, 18 Mei 2021, 8:20 pm938

Antara perkara baru saya belajar semasa proses upgrade hard disk ke SSD untuk ini, ialah cara nak buat installation media untuk 10 & setting BIOS supaya boot dari thumbdrive.

185968957_306212800948536_1086227090146985203_n.jpg

① – Ini adalah laptop E202SA. Benda pertama kena buat sebelum upgrade hard disk ialah backup file² penting ke tempat lain.

Tapi kalau tak ada komputer atau storage lain, buat macam cara saya, hard disk lama dijadikan external disk, hanya perlu beli external disk enclosure supaya dapat sambung ke USB & buka content hard disk lama.

Lepas tu, kena buat installation media. Lepas tukar SSD, operating system (Windows) dah tak ada dalam laptop, jadi kena ada cara untuk install balik Windows ke SSD baru. Ini tujuan installation media.

Gunakan tool yang disediakan Microsoft ⁽¹⁾ untuk buat installation media pada thumbdrive. Bila nak install Windows, laptop akan boot (start) menerusi thumbdrive ini (bootable USB drive), jadi lepas installation media dah siap, kena ubah setting BIOS.

Untuk laptop ni, nak masuk BIOS setting, mesti kena restart laptop (cold boot / shutdown-start tak dapat), pastu tekan F2 ⁽²⁾.

Dah lama saya tak main setting BIOS, option untuk pilih boot order pun dah nampak lain². Lepas meng-google, video dalam artikel ini ⁽³⁾ lebih kurang sama dengan laptop ini, jadi beginilah cara yang saya guna supaya dapat start laptop melalui bootable USB drive:

185565745_306212807615202_5128776762152670842_n.jpg

② – Tengah install Windows, mesej ni keluar kat skrin. Dah macam bunyi SkyNet nak ambil alih dunia dengan terminator 😅.

⁽¹⁾ https://www.microsoft.com/en-us/software-download/windows10ISO
⁽²⁾ https://fccid.io/MSQE202S/User-Manual/E202S-UserMan-2710077.html
⁽³⁾ https://truonggiabinh.com/how-to-boot-asus-f550-laptop-from-bootable-usb-drive-to-install-windows-7-8-10/

ShareTweetSaveSendCopy