Cara tengok saluran MyTV kat Android TV

Ahad, 30 Januari 2022, 1:30 pm

Cara tengok saluran MyTV kat Android TV.

Buat masa sekarang, saya tak dapat nak tengok saluran kat sebab beberapa perkara:

Semalam juga saya dah siap pasang 4G signal booster ⁽¹⁾, jadi sambungan internet pun bertambah stabil. Dapat tengok video streaming dengan kurang tersekat².

Sebelum ni tak ada masa nak research cara nak tengok MyTV kat Android TV, sibuk dengan mencuci rumah & bila balik kerja, dah kepenatan. Waktu beli TV tu, sales assistant ada bagitau yang kena install app tapi dia sendiri tak berapa ingat cara nak setup.

TiviMate

Dengan sedikit meng-google, saya jumpa cara nak tengok saluran MyTV kat Android TV adalah dengan meng-install app TiviMate. Search saja app ini kat Google Play Store, akan jumpa seperti dalam gambar pertama.

TiviMate ini berfungsi sebagai player sahaja. Ia tidak menyimpan senarai saluran TV. Nak dapatkan senarai TV, kena google lagi.

MyTV playlist

Semasa launch app ini pertama kali, ia akan meminta URL ke playlist channel TV yang anda mahu tonton. Saya jumpa playlist ini kat Github:

https://raw.githubusercontent.com/weareblahs/freeview/main/mytv_broadcasting.m3u8

Ia di-maintain oleh volunteer. Bermaksud, sumber video streaming dalam senarai ini adalah disediakan oleh individu, bukannya sumber rasmi daripada stesen TV seperti RTM dan Media Prima. Kalau ada channel yang tercicir, atau semasa menonton ada mengalami tersekat², itu berpunca daripada keadaan internet orang yang broadcast video tersebut.

Dalam gambar ke-2 dapat dilihat senarai saluran TV & radio yang ada dalam playlist ini. Setakat ini saya dapati kualiti video streaming memuaskan, kebanyakan masa saya dapat kualiti HD. Cuma apabila signal internet Digi saya ini terganggu, barulah playback saluran TV jadi tersekat² atau merosot kualitinya.

Satu saja perkara yang agak leceh ketika menggunakan app TiviMate untuk menonton saluran MyTV ialah, apabila nak tukar channel, kena tekan ‘Back’ button (gambar ke-3) untuk tutup channel yang sedang disiarkan, kemudian baru dapat pilih channel lain & mainkan. Kalau nak tukar channel semasa channel semasa sedang dimainkan, kena upgrade ke TiviMate premium.

Tapi tak apa, sekurang²nya lebih berbaloi bayar internet bulanan, kegunaannya jadi lebih banyak berbanding hanya digunakan untuk buka FB / IG atau tengok Youtube saja 🤓.

Dapatlah tengok Olimpik Beijing atau Liga Super nanti 👍.

Kalau mengalami masalah dalam menggunakan playlist ini, report ke Github issues – https://github.com/weareblahs/freeview/issues

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/cuba-guna-4g-signal-booster-untuk-wifi-rumah/

#AndroidTV #MyTV
Januari 2022
Share Tweet Save Send Copy