Cuba guna 4G signal booster untuk WiFi rumah

Sabtu, 29 Januari 2022, 8:40 pm

Cuba guna 4G signal booster untuk WiFi rumah.

Apartment saya duduk sekarang terletak di kawasan bukit di Paya Terubong. Coverage signal telefon tak berapa kuat. Macam sekarang saya guna Celcom kat phone, hanya kalau letak telefon berdekatan tingkap barulah dapat signal. Dalam rumah jadi no service.

Untuk rumah, saya guna Digi Broadband Unlimited, RM150 sebulan. Unlimited quota, dapatlah tengok Youtube atau streaming tanpa risau kena limit.

Walau bagaimanapun, signal Digi ni pun tak berapa baik. Bila pasang sim kad kat , kadang² saja nampak ada 1-2 bar daripada 4 full bar.

Walaupun signal selalu dapat 0%, tapi sambungan internet 4G tetap ada. Tapi kena letakkan router di tempat yang sesuai, baru dapat sambungan yang ok.

Disebabkan keadaan internet yang tak stabil begini, saya beli 4G LTE signal booster seperti dalam gambar ke-2. Antenna booster ni jenis external, jadi ia boleh dipasang kat luar tingkap.

Setakat ini, apa yang saya dapati ialah kondisi sambungan tak banyak beza dengan apabila saya guna antenna router yang asal & diletakkan dalam bilik pada tempat yang optimum. Sambungan kebanyakan masanya ok, dapat kelajuan dalam 5 Mbps, tapi ada masanya video playback kat Youtube atau lagu kat Spotify tersekat² nak loading.

Cuma kelebihan antenna 4G booster ini ialah ia dapat diletakkan di luar, di posisi yang optimum untuk mendapatkan signal 4G yang terbaik. Kedudukan antenna sekarang ini adalah selepas saya dah pindah² lebih 5 kali untuk test kat bahagian tingkap mana boleh dapat signal paling stabil.

Sekarang saya dapati apabila antenna 4G booster ini diletakkan di sekitar tengah tingkap, tak terlalu tinggi, ia dapat signal telefon dengan baik. Nak buka website & app masih dapat response yang agak cepat. Video playback pun dapat lebih lancar tak tersekat², cuma kadang² kualiti video akan merosot.

Bangunan apartment ini sebenarnya dapat pasang Time Fibre, pakej 100 Mbps dapat lagi murah daripada Digi unlimited. Cuma saya tak nak pemasangan secara fizikal, lebih² lagi kat rumah sewa, bukan rumah sendiri. Kalau nak pindah, susah nak bawa sekali. Sekurang²nya kalau guna mobile plan, bila nak pergi jalan² jauh, boleh bawa sekali router tu untuk dapatkan internet di tempat² yang tak ada Wifi.

Komentar (1):

Source: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/464895741746907/

Pingback: Cara tengok saluran MyTV kat Android TV

Tulis komen: