Dulu Pak Blalang dating dengan tuan puteri pukul 10.30 malam (Nujum Pa’ Blalang, 1959).Cikgu Ros pulak nak berjumpa dengan salah seorang bujang lapok pada 12.30 malam. (Pendekar Bujang Lapok, 1959)Artinya, dulu kalau masuk ofis pukul 8 pagi, bermaksud jam 8.30 pagi ikut zon masa sekarang.
Kalau masa masuk ofis tak berubah semasa perubahan zon masa, masih 8 pagi, artinya, pada tahun 1982, orang ramai kena datang kerja setengah jam lebih awal.
Waktu zaman Jepun lagilah teruk, kalau diperintah pergi kerja pukul 8 pagi, ia bersamaan pukul 6 pagi sekarang, matahari pun belum terbit.