Tengah² test link streaming channel #MyTV yang ada kat mana2.my, lalu menyangkut layan #movie thriller Im Schatten der Angst (In The Shadow Of Fear) kat channel My Cinema Europe (MCE).
Eminem dah buka restoran spageti hujung bulan lalu dinamakan Mom’s Spaghetti, yang berasal daripada meme popular, yang berasal pula dari lirik lagu Lose Yourself. Tapi kalau korang tahu ayat penuh lirik lagu ni, mesti jadi ragu² bila tengok spageti tu:
Kalau tak silap saya tape #movie The Magic Riddle ni datang free bersama video player (VCR) waktu bapa saya beli tahun 90-an dulu. Sekarang mungkin tak dapat main lagi tape ni, tapi lepas search kat Youtube, boleh jumpa video ni orang lain dah buat VHS rip ⁽¹⁾.
#MCO tahun lalu guna iflix, sebab ada promo VIP sebulan ⁽¹⁾. Kali ni nak cuba guna #Viu pulak, sebab nak tengok drama Penthouse season 2, tapi baru hanya ada 4 episod. Movie kali ni saya tonton filem Peninsula, sambungan kepada filem box office Train to Busan. Takda Gong Yoo lagi, dia dah jadi zombie, kali ni ada Kang Dong Won pulak, banyak main tembak² sebab dia bekas askar.
Dulu² waktu #raya selalu tengok movie² keluar panggung kat TV, macam malam tadi ada Kuch² Hota Hai mesti ramai Gen-Y duduk depan TV 😆. Sekarang dah banyak streaming services, boleh tengok online saja, tak susah nak cari link download. Disebabkan raya PKP sekarang, saya layan #drama Korea saja, lama dah tak tengok, yang latest pun rasanya Goblin 😅.
Filem bergenre fantasi dari Korea ini mengisahkan tentang seorang kanak² perempuan (Soo-rin) yang berpindah ke satu pulau mengikut bapa tirinya bekerja. Personalitinya yang agak pelik kerana dia sering berseorangan dan berimaginasi tentang perkara² pelik seperti berjumpa dgn alien & percaya boleh terbang 😳.
Di sini saya pasang balik #Chromecast, supaya dapat tengok #movie dari #iflix kat #TV. Movie saya tengok hari ni ialah filem korea Prison (2017) tentang seorang polis yang jadi banduan untuk balas dendam pembunuhan abang dia. Hero dia Kim Rae Won, dulu popular dgn movie My Little Bride (2004), yg mana dialog paling saya ingat ialah, “I know Canada!”. 😂