Internet rumah saya sekarang guna line Digi pada 4G #router #WiFi dengan signal booster ⁽¹⁾.
Line kurang lancar, lebih² lagi dalam jam 7 hingga 11 malam, waktu orang balik ke rumah & pakai internet kat rumah. Mungkin sambungan ke tower jadi sibuk dalam tempoh waktu begini. Tu yang sekarang ni jarang dah tengok bola live, Liga Malaysia dah tak ada kat channel Unifi kat Youtube.
Waktu tengah malam hingga ke pagi, sehingga ke tengahari, barulah sambungan agak baik, dapat tengok Youtube dengan lancar. Tapi beberapa website atau app masih tersekat², contohnya nak tengok reel kat IG atau Tiktok, atau nak tengok live TV kat RTMklik.
Lepas hari raya, masuk bulan Mei yang lalu, saya dapati kualiti internet makin teruk. Sekejap saja ada sambungan internet, kemudian terus putus. FB & IG selalu kata ‘you are offline’. Beberapa kali saya restart router, sama juga, waktu mula² sambung saja ok, lepas beberapa minit, putus lagi. Terpaksa guna internet Celcom kat phone.
Line Celcom pun kadang² dua kali lima, hilang². Tak pasti adakah ini kesan sampingan lepas Celcom & Digi bergabung.
Dalam tempoh sebulan ni, saya tukar lokasi router & kabel signal booster beberapa kali untuk cari tempat paling ideal.
Ada satu ketika saya terfikir nak cancel saja line Digi ni sebab bayar beratus² tapi tak dapat pakai, ini merugikan.
Dalam dua minggu lalu, saya cuba lagi pindah kedudukan kabel signal booster, dan masih lagi KO. Saya rasa mungkin signal booster ni dah rosak & tak nak pakai lagi. Teringat yang antenna 4G router yang asal masih ada, tu yang pergi pasang dan letak pada rak secara menegak seperti dalam gambar.
Mungkin nasib baik, tiba² boleh dapat internet yang lancar pada kedudukan ini & menggunakan antenna asal. Saya guna untuk beberapa hari, internet tetap OK.
Saya cuba buat beberapa eksperimen, dengan meletakkan router di kedudukan lain & cuba ikat kabel signal booster pada antenna router. Di kedudukan lain, saya tak dapat kualiti internet sebaik yang saya tetapkan seperti dalam gambar.
Kalau nak dibandingkan dengan sebelumnya, saya hanya dapat signal selalunya 0 hingga 25% sahaja. Kalau 25% biasanya internet jadi agak lancar, tapi ada masanya akan turun jadi 0% dan internet jadi tersekat² balik.
Sekarang, saya dapat signal Digi sebanyak 50% sepanjang masa. Walaupun cuma 50%, tapi tetap lancar & jarang² dah nak tersekat². Dari Youtube ke IG, FB, Tiktok, hingga ke RTMklik & Tonton, semua dah dapat tengok dengan lancar.
Tengok episod penuh pada app WeTV #iflix kat #AndroidTV.
Patut la #drama ni bertaraf blockbuster, ia ada keunikan tersendiri. Biasanya kalau tengok drama pasal doktor, hospital & medikal, ia akan tertumpu pada topik tersebut saja.
Tapi drama ini campurkan bidang perubatan dengan ketenteraan, di mana perkara yang menghubungkan kedua² karier yang popular di kalangan kanak² sekolah dulu ini, ialah pasukan medik tentera (military doctor).
Penonton tidak hanya mendengar dialog yang penuh dengan bahasa perubatan (medical lingo), tapi juga dengan aspek ketenteraan, seperti ranking pegawai, nama senjata, bahan letupan, kenderaan & taktikal yang sering kita dengar dalam filem perang.
Bagi yang dah lama tengok, mesti dapat kaitkan scene selepas gempa bumi, di mana virus M3 merebak secara epidemik, dan reaksi pasukan perubatan & askar adalah lebih kurang seperti reaksi semasa Covid-19 mula² dulu. Waktu drama ni disiarkan 2016 dulu, mesti ramai tak pernah dengar lagi pasal PCR test & kuarantin, ianya dah dipaparkan dalam babak tersebut.
Berkenaan watak pula, saya lebih gemar tengok pasangan Seo Dae Young & Yoon Myeong Ju, plot kisah cinta mereka berdua lebih dramatik, berbanding Song-Song couple. Dan Joong Ki nampak terlalu jambu untuk jadi kapten special force team .
Ingatkan drama ni 19 episod, rupa²nya 16 episod saja, 3 episod di hujung tu hanya highlight daripada kedua² watak pasangan utama & babak belakang tabir.
⁽¹⁾ https://azwan082.my/2022/01/cuba-guna-4g-signal-booster-untuk-wifi-rumah/