Buletin FM dah tukar jadi Kool 101

9619D651-41BF-4D1E-AE51-C0B4B41CBDEB-scaled.jpeg

Isnin, 3 Julai 2023, 8:55 pm0

“Sekarang barulah stesen yang setaraf dengan IQ saia”. 😂

Harapnya lepas ni tak ada lagi penyampai radio yang tak tahu pasal kereta elektrik, dengan penuh confident kata kereta elektrik tu bergerak terkedek². Mesti tak pernah tengok Tesla lumba drag race dengan kereta enjin V8 🏎.

Sebelum penjenamaan semula stesen radio ni, sejak kira² 3 minggu lepas, mereka hanya memainkan lagu² tanpa penyampai bercakap². Agak best juga radio yang hanya main lagu, lebih² lagi main lagu raya beberapa hari sebelum hari raya haji minggu lalu.

Topik pertama perbincangan pagi tadi, berkisar tentang sukarnya menyimpan wang di zaman cashless sekarang. Sebabnya, tak nampak tu banyak² mengalir keluar. Senang² saja scan kad atau QR pada e-wallet, terus siap bayar. Tak habis², beli-beli-beli ⁽¹⁾ 😅.

Kalau macam tu, bagi yang kata scan guna QR, duit senang² keluar, cuba scan QR untuk hantar duit ke akaun sendiri. Lepas dah hantar tu, screenshot transaksi & letak dalam frame berbunga², buat nampak macam sijil. Ada la rasa membeli sesuatu, tapi hakikatnya, kita menyimpan duit ke akaun sendiri 🤷‍♂️.

⁽¹⁾ https://www.blibli.com/

ShareTweetSaveSendCopy