Pergi pasang tinted, kedai layan macam VIP

Sabtu, 29 Julai 2023, 2:45 pm44

Pergi pasang tinted, kedai layan macam VIP.

Nama kedai pun VIP 11 😎.

FC465371-44B3-4E5D-ABFB-8E2595D7BACA-scaled.jpeg
Lepas seminggu masih ada sticker tak boleh buka tingkap ni 😅.
F145C3B4-B4C1-48D0-80FF-9FEDE1E6F444-scaled.jpeg
Kamera bergegar pulak waktu ambil gambar senarai produk. Saya tulis balik kat bawah, setakat mana yang masih ingat 😌.

VIP 11 ini terletak di dua buah bangunan kedai di Bayan Baru, satu untuk servis & repair, bahagian mekanikal, dan satu lagi khas untuk dan aksesori .

Produk tinted mereka dikategorikan kepada dua, satu jenama tempatan, tint film diperoleh dari kilang dari China. Satu lagi jenama international, Blaupunkt.

Untuk jenama tempatan, mereka ada senarai produk berikut:

S series (sputter)

N series (nano ceramic)

SK series (sputter)

Untuk S series (sputter), kalau tak silap, tint film mengandungi bahan metal yang membolehkan efek potong panas tu tahan lebih lama berbanding tinted yang lebih murah.

Ada juga saya terbaca yang tinted sputter ini mempunyai ciri² photochromic, di mana film tu akan jadi lebih gelap apabila terkena sinaran UV. Sama macam cermin mata yang saya pakai 🤓.

Untuk SK series, seingat saya, ianya campuran nano ceramic & metal pada sputter, yang membolehkan fungsi potong panas tint film tersebut tahan paling lama. Sebab tu berani bagi waranti sampai 7 tahun.

Untuk jenama Blaupunkt pula, ianya sama seperti yang ada dalam website mereka ⁽¹⁾:

Norway series (nano ceramic)

Greenland series (IR nano ceramic)

Antartica series (nano ceramic & sputter)

E0C2A4F5-AE02-48A8-BFBC-5BBE9AC77FD4-scaled.jpeg
Saya pilih S series untuk dengan VLT 70% windscreen depan, 50% semua cermin tingkap tepi & 20% cermin belakang.

Ikut spec JPJ & kalau gelap sangat, takut nanti rabun malam 😆.

Tapi produk tinted ni ada satu lagi ciri yang orang kedai sebut sebagai HD, yang bermaksud kalau tengok dari luar, tak nampak dalam kereta. Dari dalam kereta pula boleh nampak jelas kat luar.

Ciri ini memang berfungsi dengan baik, sebab saya nak cermin belakang segelap yang mampu supaya tak silau kena suluh kereta belakang. Tapi waktu malam, tinted ini boleh nampak luar dengan jelas sebab ada ciri HD ini, jadi masih lagi ada sedikit silau. Masih lagi kena adjust cermin pandang belakang guna mod dimming.

Setakat ini, boleh dikatakan customer service untuk kedai VIP 11 ini terbaik. Salesman terangkan produk tinted dengan detail, siap bagi demo untuk test setiap satu produk tinted. Tint film jenis Antartica tu memang terbaik, bila letak di depan satu mentol haba, tak rasa langsung panas. Tint lain masih ada sedikit rasa haba.

Kat kedai tu pun ada dijual bermacam aksesori, dari multimedia unit, Android player, speaker, subwoofer, dashcam & reverse camera. Yang saya tertarik ialah satu subwoofer yang boleh dipasang di ruang spare tyre. Design-nya memang dah ikut bentuk ruang tersebut, boleh jimatkan ruang & kalau ada orang tumpang, tak tahu dari mana datang bunyi bass power 🔊.

Ada juga subwoofer mini yang boleh letak bawah driver seat, boleh dikatakan saiz laptop 12 inci dengan tebal kira² dalam 3 inci. Dah tak perlu subwoofer yang jenis kotak besar lagi untuk simpan dalam kereta.

Berkenaan servis pemasangan tinted, setakat seminggu pakai, boleh dikatakan pemasangan kemas & bagus. Tak dapat nak kata hasil terbaik, sebab kena tengok lagi selepas beberapa tahun, kalau timbul gelembung² tu, tandanya ada kelemahan dalam cara pemasangan.

Berkenaan produk tint film pula, juga kena check lagi lepas beberapa tahun, nak tengok masih sama atau tidak kadar IR. Ikut kata salesman, customer sebelumnya pernah check lepas 5 tahun, kadar IR ada menurun dalam 2-3%, kiranya masih ok. Kalau asalnya IR 93%, lepas 5 tahun masih dalam 90%.

Saya pernah pasang tinted kat Viva sebelum ni, tapi kat kedai aksesori berdekatan Matang Mall, sebaris restoran Sugarbun, tepi kedai pet shop. Hasil pemasangan memang bagus, lepas 5 tahun, tak ada gelembung atau tinted tercabut. Cuma mungkin jenis tint film yang bergred rendah, lepas dalam 2-3 tahun, kesan potong panas tu dah berkurang, dalam kereta jadi cepat panas balik.

⁽¹⁾ https://blaupunkt.com/case/automotive-case-2/protection-film/sun-protection-film/

ShareTweetSaveSendCopy