Ini tebu hitam, dikatakan pengganti gula untuk pesakit diabetes.Ini pokok #kopi, agaknya jenis kopi robusta ⁽¹⁾.Ini petola (loofah), kalau buahnya besar & dikeringkan, boleh dijadikan span mencuci badan. Yang ni terbantut kena hurung semut.Pokok kedondong, buahnya saiz M, kuat masamnya. Dulu pernah ada pokok kedondong yang lebih tinggi daripada kuarters kerajaan, buahnya besar² & manis.Pokok lada, sejenis pohon menjalar, kena cucuk #kayu untuk pokok lada tumbuh menjalar ke atas begini. Kayu tiang tu selalunya menggunakan spesis belian, jadi ia dipanggil ‘tiang belian’.Pokok buah abiu, hanya ada satu buah belum masak. Sebelum ni saya ada share video buah ni ⁽²⁾, ramai yang curious.Pokok sacha inchi. Buahnya orang proses jadi ubat sakit sendi & saraf. Ada juga dicampur jadi kopi segera.Pokok jambu air ni kalau tanam tepi reban ayam mesti berbuah lebat.Kami panggil #ayam botak ni ayam cobra.