Sebelum bawa Tesla, kena mulakan dengan motosikal elektrik

271300512_449669933269488_5308203836359221687_n.jpg
271137092_449669909936157_4421201610082958433_n.jpg

Selasa, 4 Januari 2022, 12:45 pm296

Pada pendapat saya, kalau kita nak tingkatkan adoption (penggunaan) kenderaan elektrik, kita kena mula kecil, dari . Kalau terus² nak bawa elektrik seperti Tesla ke Malaysia, dengan harga level bos-bos, berapa kerat saja rakyat yang mampu miliki.

Saya perhatikan semakin ramai yang menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja. Salah satu sebabnya ialah untuk mengelak kesesakan trafik. Naik moto boleh cilok² di celah² barisan kereta yang bersusun dalam traffic jam.

Kebanyakan jarak ke tempat kerja taklah terlalu jauh, paling jauh pun agak² dalam 10 ke 20 km. Contohnya mereka yang berumah kat Kota Samarahan & bekerja kat Kuching, pergi-balik jumlah jarak dah dekat 40 km, tak termasuk pusing² dalam bandar lagi.

Tambahan pula, motosikal merupakan salah satu punca pencemaran bunyi di kawasan bandar. Dengar saja waktu siang, mahupun tengah malam, bunyi apa yang terlalu bising di jalan raya sehingga mengganggu penduduk.

Berdasarkan point² di atas, saya yakin apabila bertukar kepada motosikal elektrik, cara penggunaan (workflow) tidak banyak terganggu. Ini berdasarkan tanggapan yang motosikal ini hanya digunakan untuk tujuan pergi kerja & bergerak di kawasan setempat.

Dengan meng-google sekejap boleh jumpa beberapa model motosikal elektrik yang dijual di Alibaba.com. Bukan jenis skuter atau basikal elektrik, tapi motosikal yang mempunyai design sporty seperti dalam gambar. Padan dengan citarasa orang muda ⁽¹⁾ & orang berjiwa muda ⁽²⁾ 😅.

Harga motosikal tersebut berdasarkan website Alibaba adalah dalam 700 – 1000 dollar US, bersamaan kira² RM3000 – RM4000 lebih. Lebih kurang sama juga dengan harga motosikal berenjin yang dijual sekarang.

Jarak perjalanan untuk sekali cas adalah dalam 80 – 120km, kira cukuplah untuk sehari pergi balik kerja. Bila sampai rumah, terus pasang charger kat motosikal, sama macam kita guna smartphone.

Motosikal elektrik tak ada enjin yang bising, yang ada hanya motor elektrik & barangkali hanya bunyi rantai ke tayar moto saja yang dapat didengari. Tak ada lagi lah pencemaran bunyi. Kita guna moto untuk bergerak ke suatu tempat, bukan untuk buat bising, melainkan itulah niat untuk menaiki moto – untuk buat bising, macam orang miskin.

Sudah tentu teknologi baru ini mungkin belum berapa sesuai & masih ada beberapa kekurangan. Antaranya yang saya jangka ialah infrastruktur untuk mengecas motosikal.

Bagi yang tinggal di rumah landed, mungkin tak berapa jadi masalah, hanya kena pasang plug elektrik khas di tempat parking depan rumah untuk pasang charger moto. Yang duduk apartment atau condo, di mana tempat parking adalah ruang umum, management perumahan tersebut kena sediakan tempat mengecas khas, ataupun plug elektrik untuk setiap tempat parking.

Tapi tak semua penduduk akan guna kenderaan elektrik & menggunakan charger tersebut. Atau kalau ada tempat charging khas, mungkin ada isu orang biarkan kenderaan terpasang pada charger sepanjang malam, sedangkan dah penuh cas. Jadi di sini pihak pengurusan & penduduk kena cari cara bersama untuk kaedah penggunaan bergilir & kaedah mengira bil elektrik yang digunakan untuk mengecas.

Disebabkan motosikal elektrik ini hanya dapat bergerak dalam jarak yang pendek, motosikal ini tak dapat digunakan selain daripada hanya untuk bergerak ke tempat² terdekat, seperti ke tempat kerja atau ke kedai runcit. Kalau nak ke tempat jauh, masih lagi kena miliki kenderaan lain.

Bagi yang sudah memiliki lesen motosikal, tidak menjadi masalah untuk memiliki motosikal elektrik. Tapi bagi mereka yang hanya ada lesen kereta & mahu bertukar menggunakan motosikal elektrik, masih kena lalui ujian menggunakan motosikal berenjin di JPJ.

Selain daripada itu, mungkin ada beberapa perkara sampingan yang kena dipertimbangkan. Antaranya, disebabkan penjual motosikal ini dari China, jadi hal² penghantaran, kastam & kebolehpercayaan (trustability) kena diambil berat.

Tak pasti kalau ada spesifikasi teknikal motosikal ini yang bercanggah dengan undang² Malaysia. Contohnya jenis bateri, jenis rekaan badan motosikal, jenis tayar, brek atau top speed. Dan tak pasti juga kalau yang dijual itu betul² motosikal untuk raya, entah² dapat motosikal mainan, habes laa 😭.

⁽¹⁾ https://www.alibaba.com/product-detail/Electric-motorcycle-racing-high-power-electric_60803379889.html
⁽²⁾ https://www.alibaba.com/product-detail/1500W-2000W-3000W-Long-Range-Off_60774443086.html

ShareTweetSaveSendCopy