Punca jalan jem di Cameron Highland

Ahad, 21 Mei 2023, 10:55 pm218

Hari last , checkout dari hotel bajet yang canggih ⁽¹⁾ jam 09:00, pastu sarapan big breakfast kat .

24C48CAC-2867-4D49-948B-D26064C73DD7-scaled.jpeg
McD di tepi menara jam bulatan Cameron.

Awal pagi masih sejuk berbelas Celcius, tapi air cond McD pasang full. Duduk kat tingkat atas, open air, kena sinaran matahari. Dapat lihat view jalan raya yang mulanya bergerak perlahan tapi lancar.

Lepas habis makan, jalan dah start jem, kenderaan semua bergerak perlahan. Ada satu ketika, sebiji lori drive laju² di bulatan nak menyelit dari sebelah kiri, lalu terjatuh sebatang kayu dari lori tu ke atas jalan. Nasib baik tak kena kereta lain, kalau tak, dah jadi cerita Final Destination 😨.

Punca kesesakan ini adalah sebab kenderaan yang nak masuk & keluar dari Kea Farm Market. Kalau tak silap, dekat kawasan parking market tersebut, juga laluan masuk keluar ke beberapa resort & hotel.

Dari bulatan ni, nak limpas Kea Farm Market, ambil masa sampai 30 minit, merangkak naik bukit. Bagi yang drive manual, terutamanya lori tempatan membawa hasil tanaman sekitar, mesti kaki driver betis besar sebelah 😆.

Jalan turun dari Cameron tak banyak beza daripada jalan naik, masih ada beberapa bahagian dengan tar lama yang dah tercabut sehingga permukaan jalan jadi tak rata, rasa macam drive atas jalan berbatu.

Ada satu bahagian yang dibina terowong sebagai penghalang tanah runtuh. Dulu waktu saya pertama kali ke sini, kalau tak silap dalam tahun 2013-2015, terowong tu masih lagi dibina & jalan bertanah. Sekarang dah lama siap, cuma lorongnya sedikit sempit & gelap, kena drive perlahan & berhati².

713F3331-5C8C-4B5E-A259-51D40C8B9C80-scaled.jpeg
Petronas Simpang Pulai.

Jam 12:05, berhenti sekejap di Petronas ni untuk ke tandas & cari destinasi seterusnya di Google Map, plan nak ke Taman Tasik Taiping.

Waktu nak sambung perjalanan, terlihat pasangan yang dah berusia naik motor besar, terjatuh dari motor waktu nak keluar dari simpang, tak dapat nak imbang badan. Mujur mereka tak ada apa², banyak geng motor lain datang tolong.

Saya masuk lebuhraya PLUS dari exit Simpang Pulai, kemudian keluar di exit Taiping. Kena jem lagi waktu masuk Terowong Meru, semua kenderaan merangkak sedikit² naik bukit. Ingatkan ada kemalangan, tapi tak ada pun, mungkin sebab terlalu banyak kenderaan sampai berbaris nak guna jalan.

Jam 14:00, sampai Taiping, hanya sempat drive pusing sekeliling tasik, tak ada singgah. Lihat langit dah mula gelap & hujan mula turun lebat, lepas tu Google Maps asyik sangkut, lambat update.

B7E4EEED-FEB1-42A2-A94D-7E27F4D2C8D6-scaled.jpeg
Botol air semua mengecut lepas turun dari Cameron, sebab kat tanah tinggi, tekanan udara rendah.

⁽¹⁾ https://azwan082.my/2023/05/hotel-bajet-tapi-canggih-kat-tanah-rata/

ShareTweetSaveSendCopy