Hotel bajet tapi canggih kat Tanah Rata

Selasa, 16 Mei 2023, 10:35 pm0

Dari Gua Musang ke Cameron, kena masuk simpang ke kiri, hampir² terlepas simpang ni sebab GPS Google Maps lambat update.

Mungkin sebab kawasan pedalaman berbukit, lambat dapat signal untuk detect lokasi.

Kemudian memasuki laluan mendaki, lebih kurang macam Timur-Barat dari Gerik ke Jeli. Banyak permukaan tar lama dah tertanggal, sampai jadi macam jalan batu (gravel road) balik.

Untuk laluan yang curam, ada 2 lorong disediakan sebagai laluan memotong. Semakin mendekati Cameron, di kawasan Lojing, semakin banyak trak pikap & 4×4 di atas jalan, bukan main laju memanjat bukit. Yang paling legendary semestinya Land Rover Defender, trak inspektor sahab 🛻.

Hotel penginapan saya terletak di Tanah Rata, jadi kena masuk simpang ke kiri. Saya dah pernah ke sini sebelum ini, jadi dah maklum jenis jalannya yang lebih kecil, berliku² & curam.

Ini kali pertama tersangkut dalam kesesakan trafik di Cameron, semua kenderaan merangkak naik bukit. Nak bergerak 5 km mengambil masa sampai 30 minit.

Rupa²nya penyebab jem ialah Kea Farm Market. Banyak kenderaan masuk keluar dari kawasan ini, terutamanya dari tempat parking.

Cuaca dari Tasik Kenyir ke Gua Musang hingga ke jalan masuk ke Cameron, panas terik. Selepas Kea Farm Market, dah lepas bala jalan jem, hujan renyai². Kemudian semakin menuju Brinchang, hujan semakin lebat. Bila dah sampai hotel, hujan renyai² balik.

Suhu sekitar waktu petang jadi selesa & nyaman selepas sepanjang hari kena gelombang haba panas terik, tapi taklah sejuk sampai kena pakai baju lengan panjang.

52734679-93D5-4E49-B637-925A1EF9078B-scaled.jpeg
Hotel BB Inn di tepi bangunan Cameron Fair di Tanah Rata.

Parking kat sini berbayar (guna kupon), termasuk hujung minggu & cuti umum, tapi hanya berbayar dari 8 pagi hingga 6 petang.

Ada banyak kedai makan di sekeliling, terutamanya Old Town White Coffee & kedai serbaneka MyNews di bangunan Cameron Fair. Untuk makan malam, saya tapau kuetiau goreng & kerepek nangka dari restoran FZ Cameron.

F65A3C98-A453-430F-A981-1D67F97BBF8C-scaled.jpeg
Bilik hotel paling bajet kat kawasan Tanah Rata.

Disebabkan lokasinya di kawasan tumpuan pelancong dalam & luar negeri, juga suhu persekitaran yang purata rendah, ada beberapa kelainan pada bilik hotel ini.

Pertama, tak ada air cond, hanya kipas. Pastu ada tingkap nako menghadap koridor hotel. Agaknya sebagai pengudaraan, supaya dapat udara sejuk masuk. Cuma yang tak best, terganggu bunyi bising dari luar, orang lalu lalang & bau rokok masuk bilik.

TV jenis smart TV sama seperti yang saya punya kat rumah, MiTV. Tak ada channel MyTV, tapi bersambung dengan WiFi, jadi dapat tengok Youtube terus kat TV. Ada juga Netflix & Amazon Prime, tapi saya tak ada akaun 😅. Nak tengok TV RTM, ada di-install app RTMKlik.

F19BADAD-C89C-482B-9074-DE374625778F-scaled.jpeg
Masuk bilik tak pakai access card.

Ini agak canggih, guna access kod untuk masuk bilik. Pada pemegang pintu, ada permukaan sesentuh (touch sensitive surface), untuk memasukkan nombor kod untuk buka pintu.

Kalau banyak kali salah tekan, ataupun main tekan² nombor suka hati, nanti sistem akan dinyahaktifkan, dan tak dapat guna nombor kod yang dah diberi. Kena minta nombor baru kat receptionist.

Waktu check in, pihak hotel beri 2 nombor kod, satu untuk masuk bilik. Satu lagi untuk masuk pintu utama ke dalam hotel. Sebab pintu utama akan ditutup pada 12 tengah malam & tak ada pekerja menjaga receptionist, jadi pelanggan hotel boleh masuk bila² masa. Balik pukul 3 pagi lepas nge-pub pun masih boleh masuk 🤐.

Plug yang ada USB tu pula antara kemudahan (convenience) yang dialu²kan. Jarang ada hotel sediakan plug ini. Sampai ada hotel yang hanya sedia satu plug saja, sebab tak nak pelanggan guna banyak sangat elektrik.

464F682E-84B8-463F-B64E-A0EF4EC20BCB-scaled.jpeg
Pagi yang sejok~ 🥶.

Sebelum tidur, saya pasang kipas, tapi anginnya agak kuat untuk nombor 1 & bilah kipasnya bising. Lepas tu saya off, udara sejuk pun mula masuk bilik. Sampai waktu pagi, rasa sejuk masih kekal dalam bilik.

Komentar (1):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/911398933360353/

Pingback: Punca jalan jem di Cameron Highland

Tulis komen: