Playlist MyTV untuk smart TV berserta intisari rancangan bermula RM4.99 sebulan. Selanjutnya →

Duo Brazilian JDT dah boleh start joget² + keputusan perlawanan ke-18, 19 & 20 Liga Super 2023

75BEF43B-ACFA-401E-916E-16597D4F0B78.jpeg

Rabu, 16 Ogos 2023, 10:45 pm0

Tak lama lagi nak menang liga lagi, kalau dapat kekalkan rekod bersih tanpa kalah & tanpa seri setakat ini.

Tukar jurulatih

Bojan Hodak meninggalkan KL City selepas mendapat tawaran kelab luar ⁽¹⁾. Aidil Shahrin (musim lalu bersama Kedah) pula menyertai Kuching City, menggantikan Irfan Bakti ⁽²⁾.

JDT vs Selangor

Pertembungan 2 pasukan teratas liga. Minit ke-28 sepakan percuma Selangor masuk gol tapi offside. Heberty yang baru join dari kelab Chonburi FC, menjaringkan gol pertama, dan Bergson menyempurnakan sepakan penalti di hujung masa untuk gol ke-2.

Sabah vs JDT

Bermain di tempat sendiri, Sabah yang awal mendahului, nampak macam game akan jadi sengit, tapi JDT yang konsisten menyerang dapat lebih banyak gol.

Kelantan vs N Sembilan

Kelantan di tempat tercorot, memperoleh kemenangan kedua setelah sekian lama. Jaringan oleh Leonardo Rolon, gol pertama menerusi free kick knuckleball & kedua menerusi rembatan jarak jauh.

Perak vs Penang

Gol ke-3 Perak jelas offside, tapi disebabkan kecelaruan atas padang ingat pengadil nak bagi penalti sebab ada pemain dijatuhkan (atau menjatuhkan diri sendiri) dalam kotak penalti, lalu bola dihantar dapat pada pemain yang berada dalam kedudukan offside & menyepak bola ke dalam gol, lalu gol itu dikira.

Keputusan

28/7
Terengganu 1 – 1 N Sembilan (https://youtu.be/_meZ-pXDvM8)
Kelantan Utd 2 – 2 PDRM (https://youtu.be/3-RWeuJzNc0)

29/7
KL City 5 – 1 Kelantan (https://youtu.be/qZSAMAtOuuc)

Kuching City 0 – 1 Kedah (https://youtu.be/-awNfHl_ld0)
JDT 2 – 0 Selangor (https://youtu.be/deElpiIjG1w)

30/7
Sri Pahang 1 – 0 Perak (https://youtu.be/VsVF7AMVG9U)
Penang 1 – 2 Sabah (https://youtu.be/fySElqD0j60)

8/8
Kelantan Utd 1 – 4 Terengganu (https://youtu.be/NddBvAIcDL8)
Kedah 2 – 0 Sri Pahang (https://youtu.be/HZoxYfHi4Ak)
Selangor 2 – 0 KL City (https://youtu.be/7NGPwHb7J6M)

9/8
Sabah 1 – 5 JDT (https://youtu.be/8TDo1EgfZ2I)
Perak 3 – 1 Penang (https://youtu.be/GT9eOGY5VPU)
Kelantan 2 – 0 N Sembilan (https://youtu.be/wBS9oC2J6VI)

13/8
Sabah 3 – 2 KL City (https://youtu.be/MRiOJ2Yuo8Y)
JDT 5 – 0 Perak (https://youtu.be/ZTWBQ2widBk)

14/8
N Sembilan 0 – 4 Selangor (https://youtu.be/Q-aRG1uS0QE)
Kelantan 0 – 8 Terengganu (https://youtu.be/eRlrTikihAY)

Kedudukan
PasukanPMSKGBDMata
JDT2020007947560
Selangor21151549193046
Kedah19131537211640
Sabah ↑121123647321539
Sri Pahang ↓119114430201037
Terengganu2095637231432
KL City207763434028
PDRM187381823-524
N Sembilan204972538-1321
Penang1954102433-919
Perak2044121643-2716
Kelantan Utd ↑11915131948-298
Kelantan ↑12022162276-548
Kuching City ↓21814131437-237

⁽¹⁾ https://www.vocketfc.com/bojan-hodak-letak-jawatan-sebagai-jurulatih-kl-city/
⁽²⁾ https://sarawakcrocs.com/kuching-city-fc-announce-foreign-coach-to-lead-team/

Komentar (0):

FB: https://www.facebook.com/100810608155424/posts/963393131494266/

Tulis komen: